Pengikut

Sabtu, 9 Julai 2011

Lima Ahli Parlimen sudah ditahan?

Lima Ahli Parlimen dipercayai sudah ditahan sehingga 1 tengah hari.

Dua Ahli Parlimen yang turut ditahan ialah Azmin Ali dan Fuziah Salleh. Azmin dan Fuziah masing-masing merupakan timbalan presiden dan naib presiden PKR.

Kebangkitan Rakyat

Kumpulan peserta perhimpunan Bersih 2.0 mula berkumpul di kawasan-kawasan seperti Petaling Street, Jalan Pudu, Pasar Seni dan Brickfields, dan sedang menuju ke arah Stadium Merdeka sambil membuat laungan.



Pihak FRU melepaskan gas pemedih mata

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain, antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Saifuddin Nasution, Khalid Samad dan R. Sivarasa berhimpun di Hotel KL Hilton Hotel, KL Sentral.

Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita.

(gambar terkini dibawah)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan