Pengikut

Sabtu, 2 Julai 2011

Himpunan HARAM Umno cetuskan keganasan?

Adakah salah sekiranya DEMO BERSIH diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 buat kali kedua bagi membersihkan kekotoran UMNO? Persoalan ini sebenarnya telah terjawab oleh semua pihak termasuk Pak Menteri, PDRM dan juga semua golongan sama ada yang menyokong kerajaan mahupun yang menentang kerajaan. Jika dianalisa dari faktor ekonomi bahawa peniaga KL akan mendapat banyak duit kerana boleh kita sama kan tarikh 9 Julai 2011 sebagai hari melawat Kuala Lumpur, tetapi kita mesti sedar disebalik ada kebaikan pasti ada keburukan.

Hari ini sahaja kita sudah lihat ada beberapa wakil UMNO telah mengadakan demo tanpa permit serta ditangkap oleh PDRM termasuk seorang berstatus senator yang dulu pernah mewakili pembangkang berdemo bagi melahirkan rasa tidak puas hati rakyat iaitu Ezam. Ezam nampaknya sudah gian berdemo, dan kini tidak lagi dalam perjuangan rakyat malahan banyak mencetuskan kekacauan sehingga menyebabkan banyak kereta pecah tingkap di Komtar Pulau Pinang (gambar). Adakah ini contoh pemimpin rakyat? Ahaaa…jawab ler. Inilah pemimpin UMNO yang diberikan kemewahan sebagai pencacai dalam UMNO.

Sebelum ini, ketua mat rempit atau lebih dikenali dengan nama ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaludin mengarahkan Mat rempit mengadakan demo secara merempit sehingga mengganggu lalu lintas dan keamanan di Damansara Petaling Jaya. Adakah ini wakil UMNO yang selama ini menjadi YB yang patut dibanggakan oleh Orang Melayu. Ahaaa…Jawablah, diharap jangan dijadikan contoh oleh anak-anak muda masa kini.

Kedua-dua pemimpin ini sebenarnya sedang mencipta nama di dalam bidang politik dan meletakkan mereka lebih patriot berbanding orang lain yang sibuk menangani masalah kegawatan ekonomi. Sedangkan kita lihat demo Bersih entah jadi entahkan tidak. Tiada siapa yang sanggup ke demo Bersih sekiranya ada puak-puak bergelar UMNO ini kerana khuatir berlaku perhimpunan yang tidak terkawal sehingga sanggup mengadakan demo serta membuat kekacauan. Bukan bermaksud dibatalkan mungkin juga sepatutnya ditunda.

Jika diberi pilihan, hari terbaik untuk kita berdemo ialah ketika diadakan PRU13 kerana pada ketika itu tiada mana-mana parti politik yang berkuasa dan hanya kuasa Raja dan Rakyat sahaja yang boleh bertindak. Apa salahnya kita tunda selepas dilihat UMNO lebih dahulu berdemo membuat kekacauan bagi mengelakkan mala petaka.

Nampaknya, UMNO dan semua baruah-baruah telah terperangkap dengan BERSIH 2.0 yang hanya boleh dicadang tetapi belum tentu terlaksana. Banyak belanja tu nak tangkap orang Bersih… Banyak juga kekacauan yang merosakkan harta benda yang UMNO lakukan. Jelas memang orang UMNO boros, sehingga akar umbi pun boros sehingga sanggup melakukan kemusnahan seperti mana Peluru Pepandu PATRIOT!

Khairy dengan PATRIOT bakal meledakkan pada 9 Julai 2011 nanti. Jadi beringatlah…mereka ini adalah pengganas yang akan membuat himpunan BERSIH 2.0 musnah. Oleh itu lebih baik kita adakan solat hajat dan bacaan Yassin di Masjid serta kepada agama lain adakan pertemuan di tempat ibadah bagi mendoakan agar pada hari tersebut kita memohon Allah SWT mengekalkan keamanan demi 1 keadilan.

Akhir kalam, kita hanya mampu merancang dan hanya Tuhan yang menentukan. Jika kita lihat puak-puak PATRIOT boleh menghuru harakan seperti OPERATION DESERT STORM di Iraq, tidak mustahil Khairy, Ezam dan UMNO boleh memakai baju BERSIH 2.0 untuk menghuru harakan. Biar mereka bertempur sesama sendiri kerana mereka sendiri akan terkorban.

Jika memorandum itu sudah siap hantarkan sahaja kepada Yang Dipertuan Agong melalui Sampul Surat Pos Laju tepat pada 9 Julai 2011 semoga segala tuntutan kepada SPR dapat diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin. Insyallah kita akan memperolehi hidayah dan Allah SWT menyebelahi orang-orang yang BENAR!

-Anak Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan