Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.
"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya.
Sejak pengumuman itu, beberapa wakil rakyat Pakatan dan hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.
Malaysiakini menemui 14 orang di sekitar ibunegara untuk meninjau pandangan mereka mengenai kenyataan Hishammuddin mengenai pengharaman pemakaian baju-T kuning BERSIH itu.
Hasil tinjauan mendapati sebahagian besar daripada mereka tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu.
Berikut adalah pendapat mereka:
Rodzi Baharom, 45 (arkitek):
“Selagi rusuhan masih belum berlaku, tindakan Hishammudin dilihat sebagai tidak wajar kerana perkara itu tidak mengancam (keselamatan) negara dan hanya berkaitan dengan pemakaian baju.
“Bukan baju tulis perkataan lucah. Perkara seperti ini tidak diambil perhatian (baju ada perkataan lucah). Kenapa yang berkaitan politik diambil perhatian?”
“Pemakaian baju-T berkenaan adalah lebih kepada kebebasan rakyat, malah perhimpunan tersebut turut disokong oleh majoriti rakyat menurut undian yang dilakukan oleh The Star. (Nota pengarang: Akhbar itu bagaimanapun membatalkan bancian itu dan mendakwa terdapat kepincangan dalam sistem undian berkenaan)
“Kalau budak-budak pakai baju BERSIH, takkan budak-budak itu hendak kena tangkap kot?” kata Zaki, yang juga mempersoalkan kebebasan untuk berpakaian.
Norhuda Ali, 25 mempertikaikan tindakan 'pengharaman' baju-T itu dan mempersoalkan sama ada mereka yang memakai baju berwarna kuning akan turut ditahan sama.
“Kalau pakai baju kuning keluar jalan tak kan hendak kena (tangkap) juga?” katanya.
“Bagi saya itu tidak adil, pakai baju BERSIH bukan salah,” katanya.
"Kita tengok 4 tahun lepas mereka tidak ganggu orang (dalam demo) kenapa perlu disembur dengan air, pakai baju kuning pun tidak buat apa kesalahan.
“Jika tidak ada pembangkang, kita (rakyat) tidak tahu apa yang dilakukan oleh kerajaan,” katanya.
Tambahnya, pemakaian baju kuning tidak menganggu orang ramai tetapi logo baju tersebut mungkin menyebabkan mereka ditangkap dan didakwa oleh pihak kerajaan.
"Memang tidak salah (pakai baju-T BERSIH) dia tidak kacau orang, cuma logo yang jadi masalah, dianggap mengkritik kerajaan... Bagi kerajaan semua mereka buat betul, pihak lain tidak betul," katanya.
“Semua kedai lepas ni tidak boleh letak (cat) warna kuning ke?” soalnya.
"Tidak perlu diharamkan baju BERSIH, itu hanya perkara biasa dan bukannya salah pun, kerajaan patut bertimbang rasa" katanya.
Nuruddin Mohamad, 28, berkata baju bukanlah satu masalah tetapi kerajaan 'mengharamkan' pemakaian baju-T tersebut berkemungkinan disebabkan kebimbangan kerajaan terhadap perhimpunan yang akan berlangsung
“Tidak wajar (pengharaman), sebab itu pakaian, bukan tindakan,” katanya.
"Saya rasa tidak wajar, kerana sampai bila mereka patut didakwa, perkara tersebut tidak akan menunjukkan rakyat dalam negara ingin membangun," katanya.
Bagi Syaza Jamaluddin, 23 berkata menerusi pengalamannya sebelum ini yang pernah menyaksikan demonstrasi, tindakan 'pengharaman' berkenaan adalah wajar.
“Kalau untuk mengelakkan berlaku rusuhan lagi memang wajarlah (pengharaman t-shirt BERSIH),” katanya.
“Kalau benda itu menimbulkan huru-hara, wajarlah (pengharaman t-shirt),” katanya.
"Rampaslah t-shirt tu sekarang, kalau itu merupakan simbol dari parti mereka sendiri," kata Syahril.
Namun, beliau meluahkan rasa tidak senang dengan iklim politik yang berlaku sekarang kerana kekecohan ditimbulkan hanya dengan warna baju yang dipakai oleh seseorang.
"Kalau mereka pakai baju-T BERSIH berwarna kuning tu, buat kecoh memang bolehlah ditangkap" katanya.
Tambahnya lagi, perhimpunan BERSIH yang akan diadakan 9 Julai ini adalah satu cara pihak penganjur untuk menyatakan hasrat mereka kepada kerajaan.
"Mereka nak memimpin dalam kerajaan, tetapi mereka tidak boleh bersuara," katanya.
Antara mereka adalah ADUN Lukut Ean Yong Ting Sin, ADUN Bahau Teo Kok Seong, ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye , ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai, ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang dan ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan