Pengikut

Rabu, 27 Julai 2011

Adun Penaga tuduh kerajaan Pulau Pinang 'rakus'?

Motif Datuk Azhar Ibrahim menuduh kerajaan Pulau Pinang bertindak rakus wajar dipersoal walaupun arahan pengosongan Pusat Komuniti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga yang dikuasainya telahpun diputuskan oleh Mahkamah sendiri.

Tuduhan liar itu disuarakan selepas Hakim Datuk Rohana Yusof pada Selasa lepas menolak permohonan semakan kehakiman itu di dalam kamar untuk mencabar arahan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara yang mengeluarkan arahan mengosongkan premis Pusat Komuniti Adun Penaga terbabit.

"Yang datang ke pusat itu pun bukan penyokong Barisan Nasional (BN) sahaja, ramai orang PAS yang kebanyakannya nelayan datang minta bantuan, saya terima kehadiran mereka dan hulurkan bantuan sewajarnya tanpa memikirkan latar belakang politik.

"Tetapi sifat rakus kerajaan negeri yang tidak peduli kepentingan rakyat inilah yang merugikan rakyat, buat ikut suka dan tidak ada perancangan. Saya tiada kepentingan peribadi, pusat itu adalah untuk rakyat," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau dalam kenyataan sama berdalih, "Saya terima keputusan hakim yang berpihak kepada kerajaan negeri, saya tidak marah cuma rasa kecewa, Jumaat ini peguam saya Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos akan hantar permohonan untuk penggantungan sementara keputusan itu."

Azhar dalam permohonan yang difailkan Disember tahun lepas menamakan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai responden.

Azhar yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri seakan turut menuduh DAP sebagai dalang sehingga operasi pusat komuniti tersebut terhenti sejak 18 November lepas. -PenangDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan