
Mereka ada yang berpakaian seragam penuh dan ada yang berpakaian biasa. Pun begitu, sehingga jam 1.45 petang tadi, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) masih tidak kelihatan hotel terbabit.

Wakil AMK bagaimanapun mempersoal tindakan polis memantau kongres tersebut yang bagi mereka dilakukan secara tertutup.
Tidak cukup dengan itu, polis diminta "kalau polis nak tangkap, tangkaplah kerusi dalam dewan ini kerana semuanya berwarna kuning."
Tinjauan Penangdaily mendapati, tidak seorangpun peserta di kongres itu memakai baju Bersih 2.0 atau baju berwarna kuning.
Rata-rata mereka memakai baju T rasmi AMK Pulau Pulau Pinang berwarna "biru air".
Kongres yang dijangka akan disertai oleh 200 orang itu dijangka akan dirasmikan sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato' Mansor Othman.
-Penangdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan