Pengikut

Isnin, 13 Jun 2011

Rais Yatim menghabiskan RM100 Juta satu malam?

Tidak perlu menghabiskan RM100 Juta: Lim Guan Eng

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim perlu menjelaskan alasan pengunaan RM100 juta untuk 2011 Artistes Day pada tarikh 29 Mei yang mendapat respon hangat dari aktivis seni.

DAP terkejut dengan laporan Bernama bahawa RM100 juta diperuntukkan untuk acara yang dikritik oleh aktivis seni.

DAP menyangkakan bahawa laporan Bernama tersebut adalah tidak benar dan harap Datuk Seri Rais boleh menjelaskan jumlah sebenar yang telah dibelanjakan. Sukar untuk mempercayai bahawa kerajaan begitu cuai ketika memberikan peruntukan RM100 juta untuk sambutan Hari Seniman 2011 ketika 27 juta rakyat Malaysia biasa menderita dengan kenaikan harga barang disebabkan oleh pemotongan subsidi oleh BN.

Tahun lalu, ketika pembentangan Belanjawan 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk pembelian produk kreatif seperti drama, filem dan dokumentari yang bermutu tinggi.

Sekiranya Datuk Seri Dr Rais Yatim ikhlas untuk mempromosikan kesenian, beliau hanya perlu memperuntukan RM2 juta, bukan untuk acara satu hari seperti Hari Seniman tetapi sambutan Festival George Town selama satu bulan bermula bulan Julai yang melibatkan seniman tempatan dan antarabangsa. Festival George Town ini diadakan sempena pemilihan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008 yang lalu.

Pengarah festival, Joe Sidek telah membawa Festival George Town heritage menjadi sebagai salah satu festival antarabangsa yang akan menyaksikan bukan hanya persembahan kebudayaan di Malaysia tetapi juga di kalangan bakat asing yang terbaik. Di harap Datuk Seri Dr Rais membenarkan kecintaan beliau terhadap kesenian dan kebudayaan mengatasi fahaman politik dan sekaligus mempromosikan festival ini.


Dipetik daripada blog Lim Guan Eng


Tiada ulasan:

Catat Ulasan