Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi sasaran propaganda fitnah Umno kerana beliau adalah senjata utama Pakatan Rakyat untuk membebaskan rakyat daripada pemerintahan rasuah Barisan Nasional, kata Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution.
Berucap kepada 4,000 perwakilan yang turun pada konvensyen sehari PKR, Saifuddin berkata, pertemuan ini adalah untuk mengingatkan kembali aktivis parti akan perjuangan untuk mempertahankan parti dan memartabatkan rakyat.
Beliau mengingatkan perwakilan liku-liku perjuangan parti sejak dahulu dan betapa susuk tubuh paling penting,
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran fitnah Umno-BN dan media milikannya.
Saifuddin menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang faham keluh kesah dan perit jerih tuntutan rakyat yang selama ini ditindas dengan kenaikan kos hidup yang semakin membebankan.
Katanya gaya ketokohan yang ditunjukan Ketua Umum PKR sangat digeruni lawan sehingga dicemburui Umno yang terdesak menyebarkan propaganda fitnah demi kelangsungan politik mereka.
"Aset penting kita (Anwar) dicemburui regim Barisan Nasional. Dahulunya berada di peringkat tertinggi. Pernah dipenjarakan. Beliau pernah menikmati maknanya lazat dan makan makanan yang hanya layak untuk binatang, “ kata Saifuddin.
"Sebagai aset parti, musuh politik membuat pelbagai propaganda untuk mengelirukan rakyat," tambah beliau.
Namun menurut Saifuddin, PKR terus ke depan dan terbukti parti itu kini dekat di hati rakyat.
"Kita PKR kuasai kawasan pengundi campuran, itu medan kita. Tapi kawasan majoriti Melayu juga kita perlu pertahankan," kata Saifuddin.
Beliau turut mengingatkan seluruh jentara parti untuk merancang setiap program yang diadakan supaya rakyat mendapat maklumat semaksima yang mungkin berhubung dasar dan hala tuju Pakatan Rakyat.
“PA sistem mestilah terbaik supaya ketika ucapan disampaikan, semuanya jelas. Ceramah perlu dimulakan awal. Tepat jam 9 malam. Anwar sampai terus beri laluan. Rakyat dahagakan penjelasan.
“Setelah ceramah selesai, lakukan tindakan susulan dan sebarkan kepada semua masyarakat apa yang dijelaskan oleh Anwar,” katanya.
Gambar: D'Perbatasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan