Kata Anwar, kumpulan itu yang dilindungi kerajaan dan Umno, bertujuan menghalang usaha yang dilakukan NGO itu bagi menuntut pilihan raya yang lebih bebas dan adil.
“Pentadbiran Najib memperalatkan suara golongan esktrim yang bertugas bagi pihak Umno untuk memperlekeh usaha yang dilakukan gabungan Bersih.
“Ini adalah keterlaluan kerana Najib mengambil pendirian berdiam dan tidak menegur ugutan yang dibuat Polis, Menteri Dalam Negeri dan Perkasa. Jelas ini adalah permainan Umno untuk menakutkan orang ramai,” katanya.
Beliau mengulas ugutan bunuh terhadap Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk wartawan yang menerima ancaman berhubung perhimpunan berkenaan.
“Justeru, Majlis Presiden Pakatan Rakyat mendokong inisiatif Bersih mengadakan himpunan secara aman supaya rakyat disedarkan agar wujud perubahan dalam sistem pilihan raya di negara ini,” kata Anwar selepas mempengerusikan mesyuarat itu di pejabat Ketua Pembangkang di bangunan parlimen hari ini.
Merujuk jawapan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai cadangan sistem biometrik, Anwar berkata ia bercanggah dengan jawapan yang diberikan menteri di parlimen.
“Jawapan Menteri berbeza dengan kenyataan SPR. Pengerusi SPR kata ia (sistem biometrik) telah dijalankan. Menteri kata ia sedang diteliti dan akan dirujuk kepada jemaah Menteri.
“Persoalannya, siapa yang minta sistem biometrik ini?,” soal Anwar.
Dalam pada itu, beliau mempersoalkan tuntuan Bersih 1 yang masih tidak dilaksanakan, antaranya penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar undi, tempoh kempen yang saksama dan status ‘care taker goverment’
Katanya, Pilihan Raya Negeri Sarawak yang menelan kos sebanyak RM1.18 bilion merupakan bukti jelas penyelewengan jentera kerajaan, selain sekatan terhadap media oleh Barisan Nasional.
“Kita membuktikan rasuah dan penyelewengan. Kenapa SPR diam apabila kerajaan pusat membelanjakan RM 1.18 bilion. Kita telah senaraikan apa yang dimaksudkan melalui memorandum dan bukti-bukti. Mana SPR?” soalnya.
-KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan