Pengikut

Rabu, 8 Jun 2011

Hanya RM30 untuk rawatan dialisis di Pulau Pinang

Pesakit buah pinggang di Pulau Pinang berpeluang mendapat rawatan dengan harga RM30 bagi setiap dialisis apabila Pusat Dialisis CAT yang pertama disiapkan tidak lama lagi.

Untuk membolehkan pesakit hanya membayar RM30 bagi sekali rawatan dialisis, kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan menanggung kos perkhidmatan yang ditetapkan pada kadar RM110 berbanding dengan kadar pasaran di antara RM150 dan RM200.

Kerajaan negeri Pakatan akan menanggung kos selama 10 tahun, iaitu anggaran sebanyak RM2.05 juta, atas kadar tajaan RM30 setiap rawatan untuk kelompok 25 hingga 50 orang pesakit.

Daripada kos RM110 bagi setiap rawatan itu, kerajaan persekutuan akan diminta menyumbang RM50 manakala kerajaan negeri menyediakan RM30 dan pesakit buah pinggang (end stage renial failure) pula hanya membayar RM30.

Biasanya, seorang pesakit buah pinggang menjalani 3 kali rawatan seminggu.

Inisiatif Pusat Dialisis CAT adalah usaha Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyanyang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh, merangkap Adun DAP Sungai Puyu.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, usaha itu adalah sumbangan kerajaan negeri kepada rakyat dengan kerjasama sektor swasta dalam usaha menjaga kesihatan rakyat.

“Kerajaan negeri telah menggunakan lebihan bajet dan bercadang, sekiranya keadaan mengizinkan, untuk memperluaskan Pusat Dialysis CAT di kawasan lain di Pulau Pinang,” katanya.

Sebagai permulaan, Pusat Dialisis CAT akan disediakan dengan 10 mesin homeodylasis (HD), sistem rawatan air RO dan automatic reprocessor dengan suntikan dana atas usaha kerajaan negeri.

Kos setiap mesin HD dianggarkan RM 42,000 yang memerlukan perbelanjaan RM420,000 yang ditanggung oleh pihak swasta dan kerajaan Negeri di bawah konsep public & private partnership framework (PPP).

Mengikut perangkaan 2009, terdapat 1,804 pesakit buah pinggang di Pulau Pinang. Kesemua 6 pusat dialisis di Hospital Pulau Pinang yang mempunyai 75 mesin yang diuruskan oleh Kementerian Kesihatan tidak dapat lagi menampung jumlah peningkatan pesakit.

Guan Eng yang juga Adun Air Putih berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti lokasi untuk memulakan projek perintis Pusat Dialisis CAT di pejabat pasar awam Balik Pulau, berhampiran perhentian bas Rapid Penang.

Katanya, pemilik bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah bersetuju untuk menyediakan ruang di belakang pejabat kutipan hasil di pejabat pasar awam Balik Pulau sebagai Pusat Dialisis CAT dengan kadar sewa nominal RM10 setahun.

“Kerajaan negeri PR prihatin kepada penduduk luar bandar dan menjaga kebajikan semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum, agama, jantina dan latar belakang politik,” tambah beliau. – Roketkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan