Program yang bermula jam 3 petang hingga 6 petang itu akan dimulakan dengan pemeriksaan kesihatan, derma darah, pendaftaran warga emas dan ibu tunggal serta pendaftaran pengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Manakala program di sebelah malam pula diteruskan dengan ceramah oleh Presiden Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail, Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan ustaz Hassan Razak.
Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut dan digalakkan datang awal bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas kerana pelbagai program bakal diadakan.
-tvs
Tiada ulasan:
Catat Ulasan