KUALA LUMPUR, 10 Mei: Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2012 minggu pertama Oktober ini, yang dilihat penganalisis bakal muncul sebagai "bajet pilihan raya" sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.
Bajet 2012 akan dibentangkan pada 7 Oktober.
Tahun lalu Najib (gambar), selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, membentangkan Bajet 2011 pada 15 Oktober dan kali ini dipercepatkan satu minggu.
Pengumuman tarikh itu dibuat di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan Oktober ini meskipun ada ramalan menyebut ia akan dipanggil sebelum Ramadan.
Kementerian Kewangan sedang mengakan sesi dialog tahunan mengenai bajet.
Kerajaan BN pernah membubarkan Parlimen ketika Dewan Rakyat sedang membahaskan ucapan belanjawan negara 2000 bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum 1999.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan