Pengikut

Rabu, 11 Mei 2011

Kalau Kristian agama rasmi, lagi teruk Umno hina Islam

Duduk tak duduk, blogger Umno, Papa Gomo membelasah rakan sepegangannya, Big Dog. Papa Gomo marah Big Dog kerana mencetuskan isu nak jadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini. Papa Gomo nak Big Dog diISAkan. Saya dapat tahu dari laporan Malaysian Insider "Kristian-Islam: Blogger pro-Umno telagah, gesa Bigdog ditahan ISA"

Yang membesar-besarkan isu yang dicetuskan oleh Big Dog itu ialah Utusan Malaysia. Tak tahu apa sikap Papa Gomo terhadap Utusan Malaysia.

Melihat cara Utusan Malaysia mensensasikan pelbagai perkara setakat ini, saya teringat kata-kata Mohamed Hanipa Maidin. Hanipa beritau saya, dia lihat Umno kini macam menggunakan kaedah mencetuskan keraguan. Betul tak betul tak penting. Yang penting mencetuskan keraguan di kalangan orang-orang Melayu. Jenis pandi kutty, memang macam tu kerja dia.

Pandi ka, apa ka, saya nampak Umno berjaya. Saya harap perkara ini dapat diberitahu kepada orang-orang Melayu yang masih lagi dipandi kuttykan oleh Umno.

Balik kepada cerita Papa Gomo belasah Big Dog. Saya tak tau siapa di belakang Papa Gomo. Saya juga tak tau adakah beliau dibiayai oleh mana-mana pemimpin Umno. Kalau tanya dia, tobat lahum dia tak mengaku. Tapi saya melihat postingnya yang meminta Big Dog diISAkan itu mirip-mirip pemikiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz atau Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Apa pun, saya menentang habis-habisan perbuatan hendak mengISAkan sesiapa jua. Big Dog tu walaupun gunakan nama Big Dog, tapi dia orang. Jangan kata orang, babi pun aku tak setuju diISAkan.

Saya juga tak setuju Kristian dijadikan agama rasmi. Dalam pada Islam jadi agama rasmi negara ini pun, macam gila Umno menghina Islam dan Allah Ta'ala, bayangkan kalau Kristian pulak menjadi agama rasmi negara ini. Na'uzubiLlahi min zalik!


-SelatanOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan