Pengerusinya Jamaluddin Hashim (gambar) berkata, isu tersebut sebenarnya melibatkan dua peniaga Melayu – Rahayu binti Abdul Malik dan Mohamad Yusoff Ibrahim dengan pemilik tanah persendirian yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri.
“Isu tersebut sebenarnya membabitkan dua peniaga Melayu dan pemilik tanah persendirian yang kini sedang dibangunkan SJCK (C) Pai Chai; bukan membabitkan tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang.
“Khabarnya, salah seorang pengadu telahpun mendapat pampasan yang setimpal daripada pemilik tanah persendirian. Sebab itu, kami ingin mengetahui motif pengadu terbabit,” ujarnya selepas satu mesyuarat di Komtar, di sini.
Beliau mempersoalkan tindakan Rahayu membuat kenyataan di media tertentu bagi menggambarkan kerajaan negeri tidak membela peniaga-peniaga Melayu.
“Isu roboh dua gerai ini antara peniaga dan pemilik tanah persendirian, tiada kena-mengena dengan kerajaan negeri. Datuk Dr Mansor bin Othman seakan dipersalahkan kononnya tidak membela orang Melayu di negeri ini,” katanya.
Tambahnya lagi, mereka terbabit sepatutnya terlebih dahulu menghubungi JKKK Batu Feringghi supaya jawatankuasa boleh berbincang dengan pihak berwajib sebelum sebarang penguatkuasaan dilakukan.
“JKKK tidak dimaklumkan pun mengenai notis roboh dua gerai tersebut. Jika kami mendapat makluman tersebut, kami akan berusaha berbincang dengan Pejabat Daerah Timur Laut dan MPPP bagi menangani isu ini,” ujarnya.
Bagaimanapun beliau berkata, JKKK akan tetap berbincang dan mencari tapak niaga alternatif baru bagi menyelesaikan masalah kedua-dua pengadu tersebut.
Penyelesaian yang dimaksudkan termasuk membina astaka dua tingkat di Bayu Senja, Batu Feringghi sebagaimana yang dicadangkan oleh pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang.
-KeadilanDaily
-KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan