Pengikut

Jumaat, 6 Mei 2011

Harga petrol RON95 mungkin naik?

Harga petrol RON95 diyakini tidak akan mengalami kenaikan dalam masa terdekat dengan kekal RM1.90 seliter.

Walau bagaimanapun, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia tidak menolak kemungkinan harga petrol RON95 akan naik selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Timbalan Presidennya, Datuk Zulkifli Mokti berkata, ini kerana RON95 dikawal dan tertakluk kepada subsidi dan sejauh mana kerajaan sanggup menanggung subsidi yang tinggi berikutan kenaikan harga minyak dunia.

“Harga RON95 bergantung kepada pihak kerajaan. Jika kerajaan sanggup menanggung subsidi tinggi, harga petrol tidak akan naik.

“Kawalan harga petrol RON95 ini bergantung kepada keadaan ekonomi, politik dan sosial negara dan kemungkinan harga akan dinaikkan selepas pilihan raya umum ke 13 berikutan kenaikan harga pasaran minyak dunia,” katanya.

-SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan