Pengikut

Rabu, 11 Mei 2011

Harga Minyak TURUN?

Harga minyak turun!!! Gempar habis 1Malaysia jika di umumkan oleh kerajaan BN hari ini...
Inilah yang kita persoalkan, Harga minyak dipasaran asia jatuh AS$101 setong, tapi kenapa harga minyak di negara kita tidak turun??? -DP

Harga minyak di pasaran Asia jatuh lagi kepada AS$101 setong Selasa disebabkan peniaga menjangka pertambahan inventori minyak mentah mingguan Amerika Syarikat susulan permintaan lemah, lapor AP semalam.

Penanda aras minyak mentah bagi Jun jatuh AS$1.41 kepada AS$101.14 setong lewat petang Isnin dalam tempoh pertengahan dagangan elektronik Kuala Lumpur bagi bursa dagangan New York.

Kadar kontrak mencatatkan peningkatan AS$5.37 atau 5.5 peratus sebelum reda pada AS$102.55.

Pada 5 Mei lalu, kerajaan Umno-BN menaikkan harga minyak RON97 kepada RM2.90 seliter dengan pertambahan sebanyak 20 sen lagi.

Ia merupakan kenaikan kali ketujuh sejak ia diapung mengikut harga pasaran semasa. Kenaikan tersebut juga merupakan yang tertinggi dalam sejarah negara. -KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan