Pengikut

Khamis, 19 Mei 2011

Altantuya: Adakah kelaku Najib menunjukkan dia tak bersalah?



Altantuya Shaariibuu tak nak berhenti memburu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bila dibocorkan oleh Wikileaks tentang apa yang Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur buat dalam menilai kes pembunuhan broker Mongolia itu, orang terus mempersoalkan benarkah Najib tidak terlibat?

Bukan boleh senang-senang nak tuduh Najib atau Datin Seri Rosmah Mansor terlibat membunuh Altantuya. Kena ada bukti.

Saya selalu beritahu kawan-kawan, bila tidak ada bukti, selalunya orang melihat kelaku pihak yang dituduh. Habis orang tengok, tindak-tanduknya, air mukanya, body languagenya, perbuatan-perbuatan yang dilakukan sebelum dan selepas berlaku pembunuhan, lebih-lebih lagi selepas dituduh - semua orang tengok.

Orang-orang Umno pun sering membicarakan kelaku Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dituduh. Macam-macam analisis depa. Adakah kelaku Anwar meyakinkan kita bahawa dia bersih dari tuduhan-tuduhan terhadapnya?

Anda jawab sendiri dalam hati anda.

Begitu juga Najib. Orang juga membicarakan adakah kelaku Presiden Umno itu meyakinkan kita bahawa dia bersih dari semua tuduhan terhadapnya? Tak kisahlah, tuduhan bunuh Altantuya ka, tuduhan dalam pembelian Scorpene ka, tuduhan dalam kes enjin jet hilang ka, apa saja tuduhan.

Bagaimanakah kelaku Najib meragukan sepanjang yang berkaitan dengan pembunuhan Altantuya? Tengok fakta sejarah dan anda jawab sendiri dalam hati anda. Jika anda tuduh Najib bunuh Altantuya dalam ruangan komen, saya tak akan siarkan. Sat gi tak pasai-pasai aku kena.

Begitu juga kalau anda tuduh Anwar buat benda-benda tu semua dalam ruangan komen. Saya tak akan siarkan. Aku tak nak masuk mahkamah.

Kita tak boleh tuduh Najib terlibat bunuh Altantuya tanpa bukti yang sahih - Orang Putih kata beyond reasonable doubt. Berdasarkan pelbagai peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas Altantuya dibunuh, kita hanya boleh melihat kelaku Najib sahaja berhubung pembunuhan itu (Imej di atas ihsan Malaysiakini).


Berkaitan:
Satu Altantuya, Pembohongan Didahulukan, Pengeboman Diutamakan
Adakah pihak ketiga arah Azilah dan Sirul bunuh Altantuya?
Apa kes Azilah dan Sirul nak bunuh Altantuya?

-Penarik Beca

Tiada ulasan:

Catat Ulasan