Pornografi, video lucah/seks, DNA, sperma merupakan perkataan mainan media yang dijamu kepada rakyat untuk santapan minda seharian. Mungkin, akan ada berkata kita perlu telus dan rakyat perlu tahu. Namun, pernahkah kita terfikir santapan ini merupakan racun kepada lapisan pewaris tampuk pimpinan negara. Tanggapan mempedulikan sentimen ini hanya semata-mata untuk berkuasa adalah suatu bom jangka kepada pembentukan minda masa depan negara. Anak muda disajikan dengan hiburan yang terus melalaikan dari memikirkan kedudukan dan peranan mereka dalam sebuah negara yang bertamadun. Pemimpin bagaikan senang melihat fenomena ini.
Peristiwa yang berlaku di sebuah pasar awam baru-baru ini yang aku alami sendiri mungkin mampu memberi sedikit gambaran kepada pembaca. Seorang ibu bersama seorang anak lelakinya yang boleh disifatkan mentah mengunjung sebuah pasar pada suatu pagi yang hening. Sedang sibuk si ibu membeli ikan tenggiri yang mungkin menjadi menu hidangan tengah hari bersama keluarga, disentap oleh anaknya sambil memegang sebuah akhbar arus perdana yang entah diambil dari mana. “Ibu! Beli ler porno ni”, sergah anaknya yang merujuk tajuk utama yang bergambar di muka depan akhbar yang dipegangnya. Terpegun dengan sergahan anaknya, si ibu memandang penjual ikan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. “Porno tu apa, ibu?”, sambil merentap baju kurung ibunya berkali-kali. Lantas majoriti kaum hawa berada di situ memandang ke arah si anak kecil yang menangis dan melempar akhbar tersebut akibat menerima layangan tamparan halus ibunya. Sambil meneguk teh tarik, aku terfikir apakah dosa si anak itu?
Mungkin akan ada beberapa kemungkinan lain berlaku seperti si ibu menerangkan maksud sebenar perkataan porno kepada anaknya. Namun, mampukah minda si anak ini menaakul maksud tersebut di usia setahun jagung. Dunia globalisasi serta jaringan internet hari ini tiada sebarang halangan dalam mendapatkan maklumat. Mungkin si anak akan cuba mencari sendiri berdasarkan fahaman dan intrepetasinya tersendiri. Kesannya?
Mungkin juga si ibu akan berkata,”Nanti besar kamu tahu ler”. Aku sangat percaya gelisah ingin tahu si anak bukan berakhir begitu sahaja malah akan merujuk kepada sumber maklumat alternatif lain seperti berkongsi bersama rakan sebayanya. Seandainya dikongsi, fahaman apakah bakal mereka simpulkan? Bagaikan madah anak muda hari ini, “Lu fikir la sendiri!”.
Pelaksanaan agenda yang wajar harus difikir dan bukannya propaganda meracun minda rakyat dalam usaha membentuk masyarakat masa depan. Sememangnya, tiada dogma yang mampu menafikan usaha memperkasakan rakyat di Pulau Pinang hari ini. Limpahan faedah dari kekuasan Kerajaan Negeri oleh Pakatan Rakyat, semakin dirasai dan seterusnya membentuk corak pemikiran rakyat. Peningkatan permohonan Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) telah menjadi tanda aras untuk menilai sokongan rakyat. Pemberian elaun tambahan RM100,000 setiap tahun kepada Guru Kafa, RM1.75 juta bantuan pendidikan kepada 28 buah sekolah tamil, RM7.85 juta kepada 129 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah persendirian, sekolah mubaligh dan juga sekolah cina adalah antara limpahan nikmat dibawah kerajaan Pakatan Rakyat. Pulau Pinang semakin hari semakin hebat untuk diperkatakan apabila menjadi negeri Jaguh Pelaburan diantara seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan