Bermula hari ini, 23/4/2011 sehingga 20/5/2011 warga emas yang telah berdaftar degan Program Penghargaan anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh menuntut sumbangan tersebut di cawangan Maybank di kawasan mengundi masing-masing.
Program di Seberang Jaya diketuai oleh Pegawai Penyelaras KADUN Seberang Jaya, saudara Abdul Jalil Che Ros dan dibantu oleh Pusat Khidmat, AMK & JKKK Jalan Tenggiri.
Diharap program yang baru dilancar tahun ini iaitu untuk ibu tunggal dan golongan O.K.U akan berjaya seperti ini....
Rata-rata warga emas cukup gembira dengan sumbangan ini, walau pun cuma RM100 tapi cukup bernilai bagi mereka kerana dihargai oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR).
-Gambar Dari Ahmad Norazlan (AMK)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan