PUTTAPARTI, INDIA 24 APRIL : Tokoh agama berpengaruh India yang mempunyai pengikut di seluruh dunia, Sathya Sai Baba, meninggal dunia.
Beliau meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Seorang doktor, Dr A. N. Safaya melaporkan Sathya meninggal dunia pada pagi Ahad selepas seminggu bernafas menggunakan bantuan mesin pernafasan di Institut Perubatan Sains, Sri Sathya Sai di sini.
Wanita mula meletakkan kalungan bunga sempena memperingati kematian tokoh agama tersebut di kawasan perkampungan beliau di Puttaparti selatan Andhra Pradesh.
Para pengikut Sathya pula berkumpul di kuil tempat beliau bakal diletakkan hingga Selasa depan sebelum disemadikan.
Sathya mempunyai ramai pengikut di lebih 126 negara di seluruh dunia. -AFP / TVS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan