Pengikut

Khamis, 14 April 2011

Puluhan ribu dijangka hadiri Grand Finale Anwar Ibrahim malam ini

Sebagaimana program kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar Sarawak sebelum ini yang mendapat sambutan hangat daripada pelbagai kaum dan etnik Negeri Bumi Kenyalang, kehadiran rakyat pada program Grand Finale Ketua Umum KEADILAN itu dijangka berlipat kali ganda.

Mengikut aturcara, Anwar akan berada di Bazar Serian di pekan Serian pada jam 8 malam ini diikuti Bandar Kuching (9.30 malam) dan Bandar Baru Samariang Fasa 3 (10.30 mlm) .

Terdahulu, beliau akan bertemu pengundi di Pekan Saadon Jaya pada jam 5 petang dan pekan Asajaya pada jam 6 petang.

Program itu antara acara selepas beberapa siri lawatan Anwar bertemu pengundi di beberapa daerah di Sarawak Tengah termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan, DUN Pelagus dan DUN Baleh.

Program itu menjadi kemuncak lawatan Ketua Pembangkang itu di Sarawak menjelang proses pembuangan undi Sabtu ini.

Berdasarkan sambutan rakyat, Pakatan Rakyat dijangka membuat kejutan dengan merampas banyak kerusi yang selama ini didominasi Barisan Nasional (BN).

Pemerhati politik meramal, Pakatan Rakyat tidak mustahil menawan negeri pimpinan Tan Sri Taib Mahmud itu atau sekurang-kurangnya menafikan majoriti dua per tiga.

-KD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan