
Majlis makan malam dan ceramah itu - yang diadakan di medan selera terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman - bermula dengan lancar dengan pemimpin PKR tempatan, termasuk empat calon, menyampaikan ucapan kira-kira lebih sejam tanpa sebarang gangguan.
Anwar tiba pada jam 9.30 malam dengan disambut oleh hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum berserta laungan "Reformasi".

Selepas rundingan ringkas, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya.Beliau kemudian meneruskan ucapannya selama 20 minit lagi sebelum polis mengganggunya lagi.
Malaysiakini difahamkan oleh pihak penganjur bahawa pihak polis telah mengeluarkan permit kepada PKR untuk mengadakan 'mesyuarat luar biasa' dan bukannya ceramah politik atas alasan tempoh kempen belum bermula.

"Jika hanya ada 10 orang, polis tidak akan ganggu. Tetapi bila terdapat ramai orang seperti malam ini, mereka akan mengganggu," katanya.
Menurut timbalan ketua Wanita PKR Sarawak, Cecilia Siti Una, kehadiran malam ini adalah yang terbesar dalam sejarah Betong.
"Bukan mudah untuk meminta penduduk Betong menghadiri ceramah politik," katanya.
- Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan