Pengikut

Ahad, 24 April 2011

Pelakon Dan Pengacara Popular Masuk UmNO?

“AC Mizal nak masuk liang lahad pun orang tak peduli…”

Pengacara dan pelakon ‘terkenal’, AC Mizal menggamatkan dunia maya, apabila beritanya menyertai Umno tersebar petang ini.

Berita yang turut dimuat naik dalam portal Malaysikini itu turut menerima reaksi pembaca, majoritinya berpandangan negatif.

Lebih kelakar dan mencuit hati, AC dilapor membuat kenyataan turut ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi.

Bagaimanapun, katanya, beliau menolak tawaran itu kerana tidak bersetuju dengan ‘dasar’ yang diperjuangkan parti berkenaan.

Akibatnya, kenyataan AC itu menerima kecaman di ruangan komen berita itu oleh pembaca-pembaca Malaysiakini.

Seorang pembaca bernama Mohd Hishamuddin Hasan berkata, “Orang bisnes mana boleh menunjuk-nunjuk sangat condong ke arah parti mana. Projek gelang sakti dia tu jangan lupa orang PR pun ramai yang melabur kat gelang dia tu. Ayuh orang PR.. boikot je diri korang dari menyokong bisnes mamat ni..dah pilih Umno tu jangan nak kutuk pihak lain pulak. Diam-diam sudah,” katanya.

Seorang pembaca bernama Otman Leh pula menulis “Umno pilihan tepat bagi AC Mizal. Kalau pilih parti lain, alamatnya susah nak dapat kontrak atau projek. Dia kata Umno parti yang mengamal keadilan, tapi untuk ahli dan pengikut Umno saja.. kalau kamu tak sokong Umno, siap kamu boleh bungkus..,” ujarnya.Bagi seorang pembaca bernama Mus Mulyadi Trisno pula, beliau berkata “Pembangkang pun tolak dia, pembangkang tak minat dia ni..” komen beliau.

Mohd Rozany Abdullah lebih mencuit hati, tetapi agak kasar apabila membuat komen demikian “woi AC, hang nak masuk liang lahad pun aku peduli apa..bodo*,” katanya. -Keadilan

AC Mizal pilih Umno, tolak sertai pembangkang

Pelakon dan pengacara AC Mizal yang menyerah borang keahlian Umno hari ini, berkata beliau sebelum ini ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi. Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan Umno yang popular dengan slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya... "Tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya kepada pemberita.

Sebelum itu, AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk Umno di Ipoh apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu.

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata beliau menyertai Umno kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh ketua Pemuda bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

"Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (Umno) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya kepada pemberita di program anjuran Umno bahagian Ipoh Barat.

AC Mizal berkata beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang ahli biasa Pemuda Umno dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.

"Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya.

Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata beliau turut memilih untuk bersama-sama Umno Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya.

Isterinya Emylia berasal dari Ipoh. Sementara itu, pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan