Pengikut

Rabu, 20 April 2011

Pelajar dicabul dalam kelas

Inilah akibat fitnah yang dihalalkan oleh media dan pemimpin-pemimpin tertentu yang hangat diperkatakan di Negara kita sejak kebelakangan ini.

Siang, malam, pagi dan petang tak habis-habis para menteri dok becerita fasal video lucah dan akhabar pulak meletakan tajuk yang besar di muka hadapan akhabar dengan tujuan apa? jka bukan untuk men'aibkan pemimpin yang dikatakan terlibat dalam video seks itu.

Maka kini anak-anak muda melayu makin berani mencabul rakan dalam kelas, Tidak mungkin satu hari nanti kita akan dengar ada yang melakukan hubungan seks didalam kelas pulak!-DP

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah. (Hadis riwayat Muslim)

ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.

Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.

Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam.


“Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,” katanya di sini, semalam.


-HarianMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan