Pengikut

Selasa, 5 April 2011

Lawan Tetap Lawan

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan tersasar daripada misi menamatkan pemerintahan rasuah Barisan Nasional di Sarawak dan "tidak peduli" dengan tindakan memuatkan video lucah fitnah ke laman Youtube untuk mengaibkan beliau.

"Sekarang, video itu telah diedarkan. Dan samada lelaki (dalam video) itu mirip saya atau tidak, saya tidak peduli. Ia bukan saya," kata beliau di Kampung Nangka, Sibu malam tadi.

Klip video hampir dua minit disensasikan oleh laman- laman blog pro- UMNO. Malah akhbar kawalan parti itu seperti Utusan Malaysia, dan New Straits Times menyiarkan gambar daripada klip berkenaan.

Klip itu disunting daripada rakaman asal lebih 20 minit sebelum dimuatkan di Youtube.

Beberapa wakil rakyat dan ahli keluarga Anwar sendiri yang menyaksikan klip itu dan rakaman asal menegaskan sosok tubuh pelaku dalam rakaman itu jauh berbeza dengan Anwar.

Video itu disunting daripada sudut kamera tertentu untuk mengelirukan orang ramai bahawa Anwarlah individu dalam rakaman itu.

Anwar sekali lagi menegaskan video lucah itu tidak lebih daripada taktik jijik UMNO untuk menjatuhkan beliau dan melemahkan Pakatan Rakyat khususnya menjelang pilihanraya negeri Sarawak.

Beliau berkata sikap talam dua muka kerajaan dan pihak polis amat jelas apabila menangani kes- kes yang melibatkan pemimpin UMNO.

"Dimana Suruhanjaya Diraja masa Altantuya dibunuh ? Bagaimana kes rogol di Melaka ? Apa jadi dengan penyiasatan ?," soal Anwar.

Tiga "Datuk T" yang mendalangi video lucah berkenaan ialah bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik, bersama ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari PERKASA, Shuib Lazim.

Rahim adalah musuh ketat Anwar selepas meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994 bersabit tuduhan merogol gadis bawah umur dan dakwaan rasuah.

"Sekarang mereka mengedar video. Dan mereka yang menunjukkan video itu juga mempunyai moral yang hina," kata beliau.

Anwar menegaskan video lucah fitnah jelas mempunyai penglibatan Perdana Menteri Najib tun Razak yang juga Presiden UMNO.

Anwar dan PKR sering dirujuk sebagai musuh paling utama UMNO, setelah parti pemerintah itu kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihanraya umum 2008.

"Najib terlibat. Kalau tak bagaimana mereka (Datuk T) dibebaskan. Penjenayah dengan terang melepaskan diri dengan ini.

"Mereka tak pedulikan kebenaran.....tetapi hanya mahu membuat fitnah," kata Anwar.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan