Sebelum ini isu Jam Omega menjadi topik hangat di blog-blog gerombolan songkok tinggi. Mereka tampil mendedahkan maklumat Jam Omega bagaikan penyiasat hebat mengalahkan agent perisik FBI, CIA, dan Mossad. Blog-blog gerombolan songkok tinggi dengan keyakinan 1000% mendakwa Jam Omega yang diperolehi oleh Datuk T adalah jam yang dihadiahkan oleh Arab Saudi kepada Anwar Ibrahim.
Menurut blog-blog gerombolan songkok tinggi hanya dua orang sahaja yang memiliki Jam Omega tersebut di Malaysia malah di dunia. Pertama Anwar Ibrahim, dan seorang lagi adalah Mahathir Muhammad.
Namun hasil siasatan Polis membuktikan bahawa Jam Omega yang diserahkan oleh Datuk T dibeli di Taiwan [Malaysiakini] malah pemiliknya tidak dapat dikesan. Sekaligus menyangkal maklumat blogger-blogger yang kononnya hebat mengalahkan agent FBI dan CIA.
Apakah kesudahan cerita ini? Kalau sebelum ini penipuan Datuk T sudah terang-terangan kantoi apabila dia yang mengaku berada di dalam rakaman video seks mirip Anwar Ibrahim namun tidak tahu di mana rakaman itu diadakan [Video seks]
Kalau dilihat di dalam hal ini, Anwar Ibrahim mengambil langkah bijak apabila tidak mahu melayan karenah gerombolan beruk-beruk yang mendesak Anwar menunjukkan jam tangan Omega miliknya. Prinsip Anwar mudah, mereka yang melempar tuduhan yang bukan-bukan, maka mereka harus membuktikan Jam Omega itu adalah milik Anwar.
Namun Anwar tegas di dalam hal ini, jika Polis yang meminta Jam Omega milik Anwar, maka beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
Akhir sekali penyokong-penyokong dan blogger-blogger gerombolan songkok tinggi yang sudah hilang arah untuk menuduh Anwar Ibrahim, akan menududuh bahawa Anwar Ibrahim sendiri yang merekacipta video seks lelaki miripnya seperti tuduhan yang mereka lemparkan di awal pendedahan video tersebut 31 Mac yang lalu.
p/s: "Kisah video seks lelaki mirip Anwar Ibrahim akan berterusan sehingga PRU 13"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan