![NONE](http://media1-cdn.malaysiakini.com/346/1a4e652fb161b386f2cf23e3fc6d21e3.jpg)
Pada ketinggian 5 kaki, semasa proses penamaan calon, semalam, Suriati 'ditenggelami' oleh ratusan penyong Pakatan Rakyat yang mengiringi.Tetapi tidak jauh, suaminya memerhatikan si isteri yang pertama kali menjejakkan diri ke dunia politik.
Meskipun peluang menumbangkan pemimpin BN yang pada Mac lalu meraikan ulang tahun ke-30 beliau berkuasa di Sarawak, Suriati berharap kenalan peribadinya akan membantu mendapatkan undi yang sewajarnya.
Malah, beliau juga mendaklwa mempunyai pengalaman langsung menjadi mangsa 'penindasan rejim Taib' pada tahun 2005.
Sebagai pengusaha sebuah warung yang dinamakan 'Suriati's Cafe' di Selangau - kira-kira sejam perjalanan dengan kereta dari Balingian - kerajaan negeri dikatakan merobohkan warungnya itu.
![najib abdul razak and taib mahmud in sarawak 190311](http://media1-cdn.malaysiakini.com/342/134a2e401b401f877988095e746fa03b.jpg)
"Mereka langsung tidak peduli dan menggunakan jentolak untuk merobohkan warung saya. Mereka memberitahu bahawa mereka ingin membina sebuah taman tetapi sehingga hari ini, tiada apa yang dibina di atas tanah itu.
"Mereka tidak bayar satu sen pun sebagai pampasan dan saya yang hilang mata pencarian,” katanya kepada Malaysiakini selepas proses penamaan calon semalam.
Sejak itu, Suriati - yang dikenali dengan panggilan 'Su' di kalangan rakan-rakannya - sekarang ini menjalankan perniagaan kedai runcit manakala suaminya terlibat dengan perniagaan barangan antik.
![azlan](http://media1-cdn.malaysiakini.com/336/fe02ca2569c6d90d70cc1bd4fe527856.gif)
Sikap pemalu dan rendah dirinya terserlah jika dibandingkan Taib yang begitu lantang bersuara.Malah Suriati juga kelihatan malu-malu dengan pihak media dan hanya bersuara apabila mereka yang di sekelilingnya menyuruhnya menjawwap.
"Sudah tentu, saya tidak boleh dibandingkan dengan Taib. Beliau adalah antara lelaki terkaya di dunia,” kata Suriati.
"Tetapi saya mempunyai semangat juang yang tinggi dan sokongan daripada mereka yang mengenali saya,” katanya.
Selain Taib, Suriati juga bakal berdepan dengan timbalan menteri pendidikan yang merupakan calon Bebas, Datuk Salleh Jafaruddin.
Pada pilihan raya lalu 2006, Taib menang selesa dengan majoriti 5,726 undi mengalahkan pencabarnya dari PKR yang hanya mendapat 667 undi.
-Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan