Pengikut

Selasa, 29 Mac 2011

Pemimpin BN makin meracau selepas lihat gambar ini

Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini.

Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyertai solat hajat itu.

Program kemudian diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar, Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Program berkenaan dibuat berikutan amalan fitnah semakin menjadi-jadi dalam lanskap politik tanah air, khususnya melibatkan Anwar.

Selain perbicaraan kes Fitnah II, umat Islam digemparkan dengan penayangan video seks palsu yang bertujuan meranapkan reputasi Ketua Pembangkang itu di mata rakyat tetapi usaha jahat itu gagal memikat hati rakyat.

Ternyata penerbitan video lucah oleh kumpulan Dato T telah menaikkan semangat rakyat. Inilah hikmat di sebalik pendedahan video berkenaan. Rakyat bukan mempercayai apa yang didedahkan itu tetapi semakin menaikkan kemarahan dan kebencian kepada kerajaan umno dan b-end. Rakyat yakin video ini didalangi dan dilindungi olah kerajaan umno b-end sebab itu Nazri dan Hishammuddin bermati-matian mempertahankan Dato T

Makin Di Aibkan Makin Kuat Sokongan Yang Diberi Oleh Rakyat...





Kemunculan video ini ibarat seketul batu yang terlalu besar dilontarkan ke dalam air yang tenang dan mengakibatkan gelombang kebangkitan ledakan reformasi ke dua selepas era reformasi 98.

Inilah igauan mimpi ngeri bik mama walaupun bik mama pernah menghabiskan wang rakyat RM100 ribu hanya untuk tidur semalaman di hotel terkemuka di Dubai. Mengapa Mat Sembab langsung tidak respon tentang video ini dan mempertahankan Dato T? Mengapa hanya Hishammuddin, Nazri dan Rais sahaja yang bermati-matian mempertahankan Dato T?

Semoga Allah memberi kekuatan dan InsyaAllah kerajaan umno b-end akan dapat ditumbangkan pada PRU13.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan