Ada MCA atau MIC berani marah sama nazri?... Kalau MCA dan MIC mau keluar BN.. Keluarlah..hahaha..
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, menegaskan beliau tidak akan meminta maaf di atas kenyataannya sebelum ini yang didakwa menimbulkan rasa tidak puas hati MCA dan MIC.
MCA mendakwa kenyataan Mohamed Nazri dengan akhbar berbahasa Cina Selasa lalu tidak bertanggungjawab apabila menyifatkan parti itu umpama isteri tidak mempunyai suami dan mencabar MCA keluar daripada Barisan Nasional (BN) jika tidak bersetuju dengan gabungan itu.
Bagaimanapun, beliau menafikan mengeluarkan kenyataan seperti itu dan menganggap sebagai wujudnya salah faham dipihak wartawan.
“Saya tidak suruh MCA lari atau keluar bukan. Itu maksud kenyataan tersebut kerana bagi saya UMNO dengan MCA bagaikan rumah tangga atau suami isteri dan kalau bergaduh sekalipun tidak akan bercerai.
“Bagi saya walau macam mana bergaduh sekalipun akan bersama juga ibaratkan MCA dan UMNO bagaikan suami isteri yang tidak boleh bercerai.
“Sudah menjadi perkara biasa suami isteri berbeza pendapat, tetapi tetap bersama dan itulah maksud saya, mungkin pemahaman penulis berbeza dengan menganggap saya menyuruh MCA keluar daripada BN.
“Mungkin wartawan menulis kenyataan saya itu keliru dengan maksud saya,” katanya pada sidang media sempena program pemantapan JKKK Parlimen Padang Rengas, di kem PLKN Desa Rimba, di sini, semalam.
Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, beliau tidak akan memohon maaf kerana ia adalah kebebasan bersuara dan menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu supaya pengagihan kerusi MIC di Perak.
“Jika benarpun saya ada mengeluarkan kenyataan seperti itu, mereka harus menerimanya secara terbuka kerana ia adalah pandangan peribadi saya dan saya juga tidak akan melenting jika mereka mengeluarkan sebarang kenyataan dengan menganggap hubungan MCA dengan UMNO sebagai suami isteri.
-SinarHarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan