
Mereka bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi.
Sebanyak empat buah bas membawa membawa aktivis yang membantah pusat penapisan yang sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp.
Penunjuk perasaan ini tiba di persimpangan parlimen sekitar jam 9.20 pagi. Mereka kemudian mengadakan perbincangan dengan seorang pegawai polis.

Mereka juga mengibarkan poster dan kain rentang yang berbunyi: "Stop Lynas", "Hentikan Lynas".
Tidak selamat
Kira-kira jam 9.40 pagi, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh keluar berbincang dengan seorang pegawai polis dan mendakwa kawasan tempat penyokong berkumpul adalah tidak selamat.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya mereka erpindah ke tempat yang lebih selamat iaitu di atas pembahagi jalan masuk menuju ke parlimen.Pihak polis membenarkan mereka menukar lokasi tetapi dengan syarat beberapa kain rentang tidak diboleh dikibarnya.
Sebaliknya mereka hanya dibenarkan membawa sepanduk dan poster.
Antaranya berbunyi " Stop Lynas", "Selamatkan Kuantan" .
Penunjuk perasaan akur dengan arahan tersebut.
Beberapa minit kemudian, polis mengarahkan mereka pula supaya tidak lagi mengibarkan poster. Sekali lagi, aktivis berkenaan akur dengan larangan berkenaan.
Kumpulan itu berbaris sehingga jam 10 pagi.Semua aktivis yang membantah pembinaan loji penapisan itu kemudiannya mula bersurai dan menuju ke hadapan pintu masuk tugu negara - tempat mula-mula mereka berkumpul.
Seramai lima anggota Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang diketuai oleh pesuruhjayanyanya, Mohamad Shaani dan perwakilan daripada Majlis Peguam turut hadir bagi memantau bantahan itu.
Perhimpunan aman
Kira-kira 40 anggota polis kelihatan mengawal dan memantau keadaan sekitar.
Perhimpunan hari ini diadakan secara aman. Tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan.
Katanya, sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan mentah daripada loji Syarikat Lynas itu hanya mengandungi tahap bahan radioaktif yang rendah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan