Tengku Razaleigh Hamzah menjadi wakil rakyat pertama Barisan Nasional (BN) yang ditawarkan sebagai Ahli Lembaga Penasihat Editorial penerbitan akhbar Utusan Rakyat.
Bagaimanapun, setakat ini, Ahli Parlimen Gua Musang itu masih belum memberi sebarang kata putus, walaupun pernah memberikan sokongan terhadap penerbitan akhbar terbabit.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau berharap Tengku Razaleigh dapat memberikan maklum balas positif terhadap tawaran itu.
"Kita telah suarakan kepada beliau (Tengku Razaleigh) melalui orang tengah dua minggu lalu dan berharap mendapat perkemba-ngan positif.
"Beliau belum sedia memberikan kata putus berhubung perkara ini, tetapi menyatakan soko-ngannya kepada penerbitan ini," katanya selepas menghantar borang permohonan penerbitan Utusan Rakyat di pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, semalam.
Menurutnya, Utusan Rakyat bukan dimiliki Pakatan Rakyat (PR) sepenuhnya sebaliknya rakyat berminat boleh membantu penerbitan ini.
"Ia tidak seperti Suara Keadilan dimiliki PKR, saya hanya memulakan penerbitan dan permohonan, tetapi bukan memiliki sahamnya.
"Penerbitannya akan ditumpukan di Perak, Lembah Klang dan Negeri Sembilan. Berikutan negeri yang kami jangkakan mendapat pembaca lebih tinggi," katanya.
Selain beliau, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari dipilih sebagai Ketua Pengarang sekiranya akhbar berkenaan diberikan permit penerbitan dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Difahamkan pemohonan Utusan Rakyat akan mengambil masa dua bulan selepas panel khas KDN diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian membincangkan keperluannya sebelum mengeluarkan sebarang keputusan.
Dari Sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan