Pengikut

Isnin, 14 Mac 2011

Kenapa Dokumen Pendakwaraya Dibocorkan? (video)

Ketua Pendakwaraya Datuk Yusuf Zainal Abidin mengaku pihak Peguam Negara bertanggungjawab atas kebocoran dokumen yang bakal di kemukakan oleh beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bersabit kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Akhbar New Straits Times hari ini menyiarkan dokumen hujah Datuk Yusuf bersabit permohonan supaya Hakim Zaibidin Mohamad diah mengarahkan Anwar untuk mengemukakan sampel DNA.

Yusuf begaimanapun meremehkan kebocoran dokumen itu dengan memberitahu mahkamah bahawa ia tidak memberi impak terhadap perbicaraan berkenaan.


Peguambela Sankara Nair memberitahu pemberita bahawa tindakan membocorkan dokumen kepada media arus perdana mirip kepada apa yang berlaku pada tahun 1998.

Dalam perbicaraan fitnah liwat pertma itu fakta-fakta mengenai pertuduhan terhadap Anwar dibekalkan kepada media sebelum ia di kemukakan kepada mahkamah,.

Tindakan itu adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan Anwar diaibkan sepenuhnya sebelum dan semasa perbicaraan.

Yusuf hari ini mengaku beliau perlu bertanggungjawab terhadap kebocoroan dokumen terbaru namun tetap berpendirian isu itu tidak harus diperbesarkan.

Peguambela Karpal Singh turut menarik perhatian mahkamah kepada beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno semalam.

Seperti dokumen yang dibocorkan, tunjuk perasaan itu juga dilihat sebagai bertujuan member I tekanan kepada hakim untuk mengarahkan Anwar supaya memberi sampel DNA itu.

Hakim Zaibidin sebelum ini megisthiarkan bahawa polis memperolehi sampel DNA daripada Anwar secara haram apabila menahan beliau dalam lokap pada 16 Julai 2008.

Selepas menahannya semalaman, polis merampas sehelai tuala. Berus gigi dan botol air mineral yang diguna oleh Anwar untuk menjalankan ujian DNA ke atas Ketua Pembangkang itu tanpa kebenaran beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan