Pengikut

Jumaat, 25 Mac 2011

Guru Cabul Pelajar Hanya Di Gantung Mengajar Bukan Pindah Sekolah !

Mana- mana guru yang terlibat dengan kes salah laku mencabul pelajar harus digantung daripada tugas dan bukannya dipindahkan seperti amalan lazimnya.

Adun Teratai, Janice Lee menegaskan tindakan memindahkan guru terbabit ke sekolah lain tidak menghalang individu itu untuk terus melakukan jenayah itu terhadap lebih ramai pelajar. 25 Februari lalu, Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang dituduh mencabul kehormatan 11 pelajar dengan meletakkan tangannya diatas dada kesemua mereka.

Tindakan itu dilakukan Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48 tahun didalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 hingga 8.30 pagi. Janice berkata selain merendahkan martabat perguruan, tindakan guru tersebut memberikan implikasi buruk kepada institusi pendidikan.

"Respon dari kes ini, kami tidak mahu guru ini ditukarkan, kalau ditukarkan mungkin ada lagi yang akan jadi mangsa atau sesuatu yang tidak diingini berlaku, kami mohon agar guru ini digantungkan tugas seperti mana kes yang sama berlaku di Johor, dimana pengetua mengambil tindakan mengecualikan guru terbabit,

"Apa- apa pun pengetua seharusnya mengambil keputusan secepat mungkin sementera kes dalam perbicaraan mahkamah, sekirannya tidak disabitkan kesalahan guru itu boleh sambungkan tugasannya seperti biasa, ini juga adalah prosedur biasa," tegas Janice.

Ismazi bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang. Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika disabit kesalahan. Pendakwaraya, A. magesan ketika ditemui di Menara MPAJ, Pandan Indah berkata, perbicaraan kes ini ditangguhkan ke 28 April ini kerana pihak pendakwaan memerlukan ruang masa untuk mengumpulkan dokumen serta barang kes yang dapat membantu.

"Tanpa barang kes seperti telefon bimbit, videocam atau apa sahaja dokumen yang dirasakan perlu diambil dari mangsa akan dilakukan dan diserahkan ke bahagian forensik, ia memerlukan masa yang banyak untuk persembahkan dokumen dan barang kes ke mahkamah, sebab itu kes ini di tunda ke 28 April," katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Jaizah Jaafar Sidek menawarkan jaminan sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan. Bagaimanapun, peguam Amir Asree Meor Nordin yang mewakili tertuduh memohon supaya wang jaminan itu dikurangkan kepada RM800 untuk setiap pertuduhan kerana jumlah yang ditawarkan oleh pendakwaan adalah tinggi.



-TVS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan