Pengikut

Jumaat, 11 Februari 2011

“Mereka yang buat demo adalah orang luar”

Tak habis-habis depa dok buat kacau... Dah kalah tue buat cara kalah... Agaknya tok dalang dia sapa??


Mereka yang buat demo adalah orang luar
– Penduduk Taman Pelangi

JURU - Sinar Harian dalam pada itu menerima panggilan daripada seorang penduduk yang kesal dengan tindakan segelintir peniaga yang mengadakan bantahan mengenai tindakan MPSP meroboh gerai mereka.

Lebih mengejutkan, individu yang enggan dikenali itu mendakwa mereka yang membantah itu bukannya penduduk Taman Pelangi, sebaliknya orang luar.

Dia berkata, mereka adalah orang luar yang kebanyakannya berkahwin dengan warga Indonesia dan menyewa di Taman Pelangi.

“Kami, penduduk asal di Taman Pelangi ini tidak terlibat langsung dengan mereka, malah malu dengan tindakan yang dibuat. ,” katanya yang tinggal di Taman Pelangi sejak kira-kira 20 tahun lalu.

Dia yang mewakili minoriti rakyat tempatan yang tinggal di taman berkenaan berkata, mereka amat bersetuju dengan tindakan MPSP merobohkan gerai-gerai di kawasan perumahan mereka, malah akur jika gerai mereka turut dirobohkan.

“Saya sendiri ada kedai yang diusahakan, dan kami sama-sama terima notis dari MPSP. Tapi, kami tidak kecoh kerana kami tahu kami salah dan akur dengan tindakan MPSP itu,” katanya.

Tambahan, menurutnya, mereka tiada masa untuk melakukan bantahan sepertimana yang dilakukan pihak luar itu, kerana masing-masing mempunyai tugasan lain yang lebih penting.

Justeru, katanya, tindakan yang diambil MPSP itu adalah patut, kerana tindakan mereka mewujudkan gerai di situ seolah-olah mencabar kredibiliti MPSP.

“Saya hairan bagaimana mereka boleh bertindak memukul anggota penguat kuasa MPSP sedangkan mereka yang salah.

"Saya bersimpati dengan anggota yang terlibat, kerana dia masih berada di hospital sedangkan orang yang memukulnya sudah dibebaskan,” katanya.



Dari Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan