Regim diktator kejam Muaamar Gaddafi yang memerintah Libya sejak 42 tahun lalu kini bertindak zalim dengan mengarahkan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyatnya sendiri, melalui tentera upahan asing. Ulamak tersohor dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi sendiri sudah memfatwakan agar jangan teragak-agak membunuh Gaddafi!
Tegas Qaradawi: "Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh! Barangsiapa sama ada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya, maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! Ia semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!"
Sekurang-kurangnya kita yang prihatin di Malaysia dapat sama-sama memeriahkan perhimpunan membantah kekejaman Gaddafi itu:
HARI: Jumaat.
MASA: 2.30 petang, selepas solat Jumaat.
LOKASI: KEDUTAAN LIBYA, NO 6, Jalan Madge Off Jalan U Thant (Berdekatan Kedutaan Amerika), Kuala Lumpur.
PIMPINAN YANG HADIR: Mohamad Sabu, Nurul Izzah Anwar dan Dr Syed Azman Syed Ahmad
Datang, jangan tak datang. Hebahkan kepada teman-teman. Jadikan ia perhimpunan terbesar menyalurkan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada rakyat Libya, cucu-cicit Umar Mukhtar yang gagah-berani itu.
Dari Detikdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan