Pengikut

Rabu, 26 Januari 2011

Umno Guna Provokasi Ganas Halang PR

Hari kelima kempen Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Tenang menyaksikan taktik provokasi ganas oleh Umno-Barisan Nasional.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diganggu sekumpulan 40 orang Pemuda Umno ketika hadir ke sesi penerangan Pakatan Rakyat di FELDA Chempelak Barat.

Kehadiran beliau disambut laungan takbir selain melemparkan kata-kata kurang senang kepada Setiausaha Agung DAP itu.

Susulan kejadian itu, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua melebel Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai sebagai ancaman terbesar amalan demokrasi di negara ini.

Katanya amalan tersebut adalah bertentangan dengan pendekatan Pakatan Rakyat yang tidak pernah mengenakan sebarang provokasi atau menyekat mana-mana individu dari Umno-BN untuk berkempen.

"Tapi nampaknya penyokong Umno ini bersifat gangster untuk menyekat Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberikan maklumat mengenai pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Adakah Umno ini begitu takut dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang berjaya membawa kemakmuran kepada rakyat," ujar beliau pada sidang media bersama PAS dan DAP di sini hari ini.

Tony menambah, usaha untuk memecahbelahkan dasar Pakatan Rakyat tidak dapat tercapai melalui provokasi sedemikian dan akan terus memantau sebarang tindakan yang boleh mendatangkan kekecohan.

Beliau turut menyeru agar Umno-Barisan Nasional menghentikan perbuatan tidak bertamadun kerana dianggap tidak berdemokratik.

Sementara itu, Tony turut menyalahkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana membiarkan penyokong Umno-BN membuat provokasi pada sesi penerangan Pakatan Rakyat di FELDA Chempelak Barat.

Jelasnya, anggota polis yang berada di tempat kejadian tidak melakukan usaha untuk meleraikan himpunan tersebut termasuk melemparkan kata-kata kesat kepada wartawan berbangsa Cina yang hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan