Pengikut

Isnin, 17 Januari 2011

Ummi Hafilda sekadar jadi boneka Umno-BN

Kemunculan Ummi Hafilda ke pentas politik negara apabila mengemukakan saman terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, jelas menggambarkan bahawa ‘pelakon veteran 1998′ itu hanya menjadi boneka Umno-Barisan Nasional (BN), kata Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia, Siti Aishah Shaik Ismail.

Bercakap kepada Keadilandaily.com, Aisyah menganggap perbuatan Ummi itu semakin menyerlahkan lagi martabatnya yang rendah selepas melakukan tindakan yang mencemar maruahnya semasa perbicaraan fitnah terhadap Anwar Ibrahim pada 1998.

“Kita tidak mahu sentuh rekod buruk dia sebelum ini. Tetapi perbuatan Ummi Hafilda jelas menunjukkan kedangkalannya. Kenapa baru sekarang muncul? Ke mana dia menghilang? Adakah dia mahu membuktikan bahawa dirinya sekarang ‘bersih’?

“Soalnya, ketika dirinya diaib melalui media sebelum ini, mengapa tidak saman kerajaan?” kata Siti Aishah merujuk kepada laporan media mengenai berita hubungan seksnya dengan seorang lelaki, 13 tahun lalu.

Dalam pada itu, Siti Aishah berkata, tindakan wanita itu membiar dirinya diperkuda dan menjadi boneka Umno BN, adalah sebahagian perancangan jahat untuk menyekat kemaraan Pakatam Rakyat.

“Kerajaan Umno BN yang gagal mengurus tadbir ekonomi negara menggunakan serangan peribadi terhadap pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengalih isu,” katanya
lagi.

Mengulas lanjut, Siti Aisyah berkata, kenyataan Ummi Hafilda yang berterang-terang untuk membantu jentera Umno BN pada pilihan raya Kecil DUN Tenang, juga menggambarkan parti itu kian tertekan.

“Rakyat kian matang. Apakah dengan membawa ‘pelakon kitar semula’, ini akan membuatkan rakyat percaya? Jentera Wanita Pakatan Rakyat akan terus memberi penerangan kepada kaum Hawa mengenai isu terkini.

“Inilah ‘wayang murahan’, yang dibawa oleh Umno BN pada kempen pilihan raya Kecil di Tenang,” kata Siti Aishah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan