Pengikut

Selasa, 25 Januari 2011

Penduduk Tg Tokong Berdemo Di Pejabat UDA

Kira-kira 30 penduduk sekitar kampung Tanjung Tokong yang terjejas dengan projek pembangunan di kawasan mereka membuat bantahan di pejabat Lembaga Pembangunan Bandar (UDA) di Bertam, Pulau Pinang.

Kumpulan itu diketuai oleh pengerusi Suara Penduduk Tanjung Tokong, Mohd Musannif Zainal Abidin.

Mereka juga cuba menyerahkan memorandum kepada UDA yang menuntut pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, memohon maaf dan menarik semula kenyataannya lapor Malaysiakini.

Namun, mereka tidak menyerahkan memorandum bantahan itu kepada pengarah UDA Land (North) Sdn Bhd, Kamaruzaman Mohamad.

Ini kerana pihak syarikat hanya membenarkan seorang wakil ke pejabat tetapi kumpulan itu menuntut supaya sekurang-kuraangnya dua orang dibenarkan masuk.

Mussanif berkata kehadiran mereka bukan untuk menimbulkan hura-hara tetapi untuk melahirkan rasa sedih dan kekecewaan mereka dengan kenyataan Nur Jazlan.

"Sehingga sekrang tiada maklum balas daripadanya," katanya.

Penduduk membawa poster sambil melaungkan "penipu" dan "biadap" sambil diperhatikan oleh kira-kira 30 anggota polis yang mengawal keadaan sekitar.

Sekurang-kurangnya dua laporan polis dibuat ke atas Nur Jazlan berhubung kenyataan akhbar yang dibuatnya pada 17 dan 18 Jan, di mana beliau dilapor melabelkan penduduk kampung itu sebagai "setinggan yang menetap di tanah haram".

Laporan pertama dibuat oleh pekerja hotel, Abdul Wahab Sini Ibramsah, 43, di balai polis Tanjung Tokong pada Jumaat lalu.

Ia dibuat selepas solat Jumaat di mana kira-kira 80 penduduk meluahkan kekecewaan mereka dengan Nur Jazlan, ahli parlimen Pulai, berhubung kenyataan kontroversialnya.

Musannif pula memberi tempoh tiga hari bagi pengerusi UDA itu membuat permohonaan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya.

Setakat ini, Nur Jazlan belum daapat dihubungi untuk ulasannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan