Pengikut

Isnin, 3 Januari 2011

Ada perkara dibincang dengan PM

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana demi menjaga peraturan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pemimpin.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung pertemuannya dengan Perdana Menteri pada 25 Disember lalu.

Ketika ditanya adakah sebarang perkara telah dibincangkan antara pemimpin tertinggi negara itu, Tuan Guru juga turut mengakuinya.

“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa.

“Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya,” ujarnya selepas meraikan Wira Negara di Kampung Cherang, dekat sini tengah hari tadi.

Ketika ditanya adakah pertemuan itu turut mensentuh soal royalti, beliau juga enggan mengulas lanjut.

“Saya tak boleh sebut apa-apalah sebab ianya tertutup,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan