Pengikut

Selasa, 21 Disember 2010

Rakyat Menerima Baik Kemahuan DAP Bincang Soal Negara Islam

Rakyat dapat memahami dan menerima bahawa Parti Tindakan Demokrat (DAP) kini sanggup ke meja perundingan dalam penubuhan negara Islam sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menjadi pemerintah.

Tinjauan Tv Selangor mendapati rata-rata warga kotaraya menerima baik saranan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh semalam dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang bahawa DAP kini mahu berunding dengan PAS dalam isu berkenaan.

Seorang pekerja sektor swasta, Azhar, 35 memberitahu Tv Selangor bahawa beliau mendapati DAP kini mula menerima konsep Islam kerana pada masa dahulu tiada pihak dapat menerangkan konsep tersebut kepada DAP.

"Mungkin dulu DAP tak tahu tentang negara Islam ini, apabila dia (DAP) mula rapat dengan PAS, dan penerangan dapat diberi (kepada DAP) dan DAP mula memahami konsep negara Islam, sebab konsep negara Islam bukan menindas bangsa lain. Islam adil dari semua segi," kata beliau.

Amir, 21, pelajar universiti tempatan berpendapat penerimaan konsep DAP dan kesanggupan untuk membawa perkara ini ke meja perbincangan menunjukkan penolakan terhadap konsep autotalitarian oleh PR.

Katanya lagi, hanya melalui perbincangan isu ini dapat dibawa ke satu persefahaman di dalam PR.

"Kalau semuanya berjalan dengan perbincangan, mesti ada satu konsensus yang bagus. Mungkin ada atau tidak negara Islam itu terpulang kepada mereka tetapi oleh kerana adanya perbincangan maka ia menunjukkan kemahuan PR bersedia membuka perbincangan untuk apa sahaja," kata beliau.

Manakala Anas, 42, seorang peniaga kecil-kecilan berpusat di Kuala Lumpur berkata tindakan kerajaan pusat menyembunyikan fakta telah menyebabkan DAP tidak dapat membuat pertimbangan sewajarnya sebelum ini.

"Sebab sebelum ini, (DAP) menentang sahaja (konsep) negara Islam, sebab mungkin dia (DAP) tidak faham. Sebab, dahulu kerajaan pusat selindungkan apa itu hukum Islam, apa itu negara Islam tetapi apabila DAP dan PAS bergabung, jadi dia (DAP) dapat pemahaman apa itu (konsep) negara Islam," kata beliau.

Beliau seterusnya menjelaskan kemajuan ini adalah kerana adanya gabungan antara parti seperti di dalam PR.

"Kalau kita tak bergabung, saya rasa sampai bila-bilapun dia (DAP) tak tahu," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan