Pengikut

Isnin, 20 Disember 2010

Anwar tetap Ketua Pembangkang

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung dari Parlimen selama enam bulan, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata majlis pimpinan membuat keputusan itu sungguhpun ketika ini DAP mempunyai jumlah kerusi paling banyak dalam Dewan Rakyat.

Anwar, Sivarasa Rasiah dan Azmin Ali dari PKR dan Pengerusi DAP Karpal Singh Khamis lalu digantung enam bulan sebagai ahli Parlimen tanpa diberi peluang membela diri bersabit isu Apco.

Karpal berkata partinya tetap menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

“Saya yakin konvensyen ini akan diadakan di Putrajaya tahun depan tetapi kita tidak akan ke sana tanpa tanpa Anwar,” tambah beliau dalam ucapannya kepada perwakilan Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan