Pengikut

Rabu, 15 Disember 2010

Anwar : Parlimen Diperkudakan

Datuk Seri Anwar melahirkan rasa kesal dengan tindakan Umno menyalah guna kuasa majoritinya dalam Parlimen dan tindakan Speaker yang tunduk kepada telunjuk pemerintah dalam membenarkan usul untuk tiga lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat digantung enam bulan tanpa diberi peluang membela diri.

Tiga ahli parlimen itu adalah Karpal Singh dari DAP, Sivarasa Rasiah dan Azmin Ali dari Parti Keadilan Rakyat. Mereka tidak diberikan notis atau dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menjawab apa-apa tuduhan-tuduhan.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz untuk membawa usul itu atas alasan ia mempunyai kepentingan awam tetapi enggan menjelaskan apa yang dimaksudkannya.

"Saya lihat prosedur Parlimen itu dipermainkan. Kita hujah panjang manapun diketepikan kerana (BN) menggunakan kuasa majoriti. Sebab itu kita kesal dan membantah keras persetujuan speaker membenarkan. Memang angkuh dan salah Umno-Bn menggunakan kuasa mereka, tetapi menggunakan saluran Speaker yang mempertahankan dengan peraturan padahal prinsip membela diri dan menjelaskan, bagi seminggu, bagi keterangan...itu pun tidak berlaku," Anwar memberitahu pemberita.

Anwar berkata kerakusan Umno-Barisan Nasional untuk menghakis suara Pembangkang di Parlimen jelas mencapai paras baru hari ini dengan tindakan-tindakan yang membelakangkan prinsip asas keadilan dan amalan-amalan dewan rakyat sendiri.

Beliau berkata usul BN untuk menggantung Karpal, Azmin dan Sivarasa tanpa diberi notis atau peluang untuk mereka membela diri tidak bersandarkan kepada sebarang siasatan atau pun keterangan mana-mana pihak.

"Semalam dalam perbincangan dengan Karpal, kita hanya dapat ketetapan tentang maklumat untuk celaan terhadap beliau. Tetapi hari ini kita dikejutkan, maknanya tiap hari boleh berubah, fakta sama, cerita bulan yang lalu... hari ini diambil keputusan untuk menggantung enam bulan YB Karpal Singh, YB Sivarasa, dan YB Azmin Ali dengan hujah yang paling tidak munasabah," tambah Anwar.

Anwar berkata, Speaker Parlimen, mahupun ahli parlimen Umno tidak menampakkan walau sedikitpun minat untuk mengetahui kebenaran asas-asas pemerintah untuk memecat ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan sewenang-wenangnya.

"Hujah YB Karpal dan YB Siva itu semasa dalam mesyuarat, dan kalau ada tuduhan dia ada bercakap dengan blogger atau dengan media, dia patut ditanya. prosedur biasa. Adakah ini kenyataannya,apakah sah kenyataan ini. Ini tidak berlaku," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan