Pengikut

Rabu, 10 November 2010

Zaid... Kamu Sepatutnya Keluar Dari PKR...

Mahathir turun daripada 'singgahsana' Umno kerana didesak oleh ahli Umno sendiri walaupun umum nampak ada episod drama sebabak 'hero' bercucuran 'airmata' di pentas utama Umno.

Mahathir tidak turun kerana desakan PAS mahupun PKR atau DAP. Jauh sekali desakan datang daripada para akademik atau pengulas politik kerana mereka adalah 'pengecut' kerana hanya memikirkan pangkat.....pangkat.....pangkat...., kalau ada pun Mahathir tidak akan turun semata-mata kerana sesuatu desakan. Biar keluar air mata darah sekalipun, Mahathir tidak akan turun semata-mata kerana desakan orang 'luar' Umno.

Begitu juga Pak Lah, beliau turun kerana desakan pimpinan Umno sendiri. Biar pun pembangkang mengkritik saban hari dan mendesak beliau turun.....beliau tidak akan turun.

Yang boleh menurunkan seseorang pemimpin hanyalah ahli sendiri dan rakyat......yakni kalah dalam sesuatu pilihanraya.

PAS turut mengalami desakan supaya diadakan EGM oleh seorang ahli akdemik terkenal yang juga merupakan pakar Perlembagaan Negara......namun majoriti ahli berpendapat berbeza dengan ahli akademik itu.

Sekarang giliran PKR pula mengalami desakan yang sama.

Anwar didesak supaya berundur dari PKR oleh mantan Mufti Perlis.....diikuti oleh seorang ahlinya, saudara Zaid Ibrahim.

Saya tidak hairan jika desakan datang daripada orang 'luar' kerana dalam amalan demokrasi hanya ahli sahaja berkuasa menaikkan atau menurunkan seseorang pemimpin.

Walaupun desakan daripada orang luar sedikit sebanyak terjejas juga kewibawaan seseorang pemimpin namun desakan hanya tinggal desakan.

Yang menghairankan saya Zaid yang juga merupakan seorang peguam, seharus lebih faham dalam tatacara berorganisasi.

Kerana untuk menurunkan saudara Anwar daripada menjadi Ketua Pembangkang, hanya ahli Parlimen (Pembangkang) sahaja boleh mengusulkannya di Parlimen.

Dan untuk meminta sauadara Anwar beri laluan kepada pimpinan lain sebagai Penasihat PKR.....hanya majoriti ahli boleh melakukannya.

Jikalau Zaid mempertikaikan ada manupulasi dalam pemilihan itu satu benda yang berlainan.....untuk mendesak Anwar berundur merupakan satu perkara yang berlainan.

Saya tidak berhajat untuk menyentuh bab manupulasi dan sebagainya kerana ahli-ahli PKR sendiri lebih arif dan maklum. Majoriti ahli lebih berhak bersuara.

Dalam hal ini, saya berpendapat Zaid tidak mempunyai pilihan kecuali beliau sendiri berundur dari PKR dengan memasuki parti lain atau menubuhkan parti baru atau mendapat sekian ramai ahli PKR yang sealiran dengannya mendesak diadakan satu EGM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan