Pengikut

Khamis, 18 November 2010

TV3 Sudah Tak Ada Cerita!

APABILA sudah kehabisan modal, akhirnya TV 3 di dalam Buletin Utamanya kembali menyiarkan kenyataan tokoh DAP, Karpal Singh yang suatu ketika meminta DS Anwar berundur dari memimpin PR. Aku sendiri pun dah naik lupa kisah silam itu, tetapi TV 3 masih mengingatinya. TV 3 bukan tidak tahu hubungan tokoh DAP itu sekarang dengan Ketua Umum PKR amat rapat sekarang sehinggakan beliau dilantik oleh DS Anwar sebagai Ketua Peguambelanya di dalam kes fitnah Liwat II.

Hubungan ini tentulah tidak menyenangkan Umno, dan umum mengetahui TV3 tidak akan membiarkan Umno susah hati. Begitu juga hubungan DS Anwar dengan pemimpin PAS seperti Tuan Guru Hj Hadi dan Mursyidul Am PAS. Maka, TV3 terpaksa melakukan banyak `kerja syaitan' untuk menjadikan hubungan mereka ini renggang.

Usaha TV3 untuk memecah belahkan ahli-ahli PKR dengan isu Zaid Ibrahim ternyata gagal. Kebijaksanaan DS Anwar menghadapi usaha giat TV3 ini menyebabkan media pencacai dan murahan ini bankrap idea. Tiada jalan lain, kisah-kisah lama akan dimainkan semula asalkan setiap Buletin Utamanya mesti diisi dengan slot `memburukkan DS Anwar dan PKR'.

Tidak ramai rakyat yang bodoh lagi untuk menerima apa yang disiarkan di dalam TV3 ini. Jika dilihat semenjak zaman berzaman TV3 memburukkan DS Anwar, secara lojiknya DS Anwar sudah lama tersungkur dari arena politik tanahair. DS Anwar bukan seperti Pak Lah, jauh seperti Almarhum Tun Ghafar yang tersungkur di arena politik hasil daripada propaganda media. TV3 silap memilih sasaran seperti juga Zaid silap untuk berdepan dengan DS Anwar.


Oleh: WFAUZDIN NS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan