Pengikut

Isnin, 22 November 2010

Selepas Kongres, KEADILAN bersih pengkhianat

Proses pembersihan pengkhianat akan dimulakan selepas kongres parti itu Ahad ini.

Pemenang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali menyatakan demikian di Parlimen hari ini.

Ikrar Azmin itu ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.

Ahli Parlimen Gombak itu juga mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya itu membangunkan ‘prinsip kesetiaan’ demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.

“Apabila pemimpin bersifat khianat, bukan sahaja parti akan tercalar malah tamadun sendiri boleh tumbang.

“Cuba lihat di Perak. Apabila ada dua pengkhianat, bukan saja parti retak, malah negeri juga tumbang (kepada BN),” kata Azmin.

Katanya, parti mesti menginstitusikan latihan bagi menghasilkan kesetiaan dan menyerapkan ideologi parti kepada akar umbi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan