kuti bahagian kedua temuramah eksklusif bersama bekas penaja Umno Sabah, Datuk Karim Ghani yang berkongsi pengalaman dan sudut pandang beliau mengeni politik Sabah dam masa depan sistem dua parti di Malaysia.
Datuk ceritakan sedikit mengenai soal royalti minyak Sabah?
Ketika itu Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh berjumpa dengan Tun Mustapha untuk runding mengenai akta berhubung Petronas dan mahu berikan Sabah royalti 5 peratus. Tun Mustapha kata tidak, mahu 50 peratus, bagi dua! Selepas rundingan demi rundingan akhirnya Tun Mustapha kata 20 peratus muktamad. Apabila beliau enggan terima 5 peratus, Umno tukar strategi dan tubuh parti Berjaya, kemudian runding dengan Berjaya. Tun Fuad dari Berjaya pun tidak mahu kurang daripada 20 peratus dan apabila pulang ke Kota Kinabalu malangnya kapalterbang beliau terhempas. Bila kapalterbang jatuh Tun Fuad tidaklah lagi boleh tuntut royalti 20 peratus. Selepas Tun Fuad meninggal Berjaya bersetuju kepada bersetuju kepada 5 peratus yang ditandatangani oleh pemimpin Berjaya serta disaksikan oleh Pairin Kitingan.
Itu sebab Pairin Kitingan tidak boleh buka mulut sebab dia yang tandatangan sebagai saksi. Baru-baru ini Najib pergi ke Tenom dan kata kepada rakyat supaya jangan berpecah seperti Usno dan Berjaya tetapi beliau tidak beritahu perkara sebenar bahawa yang pecahkan Usno dan Berjaya di Sabah ialah bapanya.
Apa pandangan Datuk terhadap pergolakan antara parti komponen dalam Barisan Nasional?
Kalau orang Malaysia terus mahu sokong budaya kronisme, rasuah Umno, BN boleh menang majoriti dua pertiga di Parlimen, kalau rakyat tidak mahu semua itu, mereka tidak peduali dan akan habiskan BN pada PRU-13 nanti. Yang pertama habis ialah MCA, MIC, Gerakan, PPP - parti-parti ini akan dapat kosong kerusi. Umno sekarang berusaha keras memujuk PAS bekerjasama dengan mereka atas alasan kerusi majoriti Melayu berjumlah 72 peratus daripada keseluruha kerusi Parlimen. Jadi dalam fikiran Umno, kalau Umno-PAS bersatu mereka akan tinggalkan parti lain kerana kalau mereka boleh memang 72 peratus kerusi mereka boleh memerintah. Tapi PAS pernah bersama BN dan dikhianati. PAS juga tidak mungkin tinggalkan Pakatan Rakyat kerana melihat gabungan ini diberkati Allah.
Dulu sebelum wujud pakatan Rakyat, PAS hanya di Kelantan, DAP pula entah ke mana dan KEADILAN hanya teriak, teriak 'Reformasi'. Setelah ada Pakjatan Rakyat, PAS telah merebak ke Perak, Kedah, DAP pula bertapak sebagai kerajaan di Pulau Pinang dan KEADILAN memerintah negeri terkaya Selangor. Jadi kalau Tuhan tidak berkati tidak mungkin jadi begitu. Kalau mulanya Tuhan berkati, 'next round' barangkali lebih lagi. Saya kagum Nik Aziz, bila BN 'organise' orang Kelantan pulang bagi duit untuk menyokong BN, Nik Aziz kata, 'malaikat undi kami'. Bula buka peti undi betul malaikat yang undi seban PAS menang! Jadi bila saya tengok semua ini dari segi Islam, ada berkatnya. Dari segi logik Umno sudah mati, jadi orang nak buat apa dengan parti yang sudah mati.
Apa nasihat Datuk kepada pemimpin Pakatan Rakyat agar tidak mengikuti jejak langkah pemimpin Umno-BN yang menyeleweng Anwar4Sabahdaripada matlamat perjuangan?
Saya lihat di Selangor ada pemimpin yang guna surat sokongan sahaja yang meragukan terus kena pecat. Ini satu amaran kepada pemimpin-pemimpin lain jangan salah gunakan kuasa. Yang kedua nasihat saya kepada tuga calon yang bertanding Timbalan Presiden - Zaid, Azmin dan Mustaffa - kamu semua adalah kawan. Mereka boleh puji diri sendiri - saya bagus, saya kaya, saya pintar, saya, hensem tapi jangan pula seperti Zaid kata Azmin penipu, Azmin jahat. Yang jahat BN, jadi kita mesti kerjasama dalam erti kata kita satu pasukan, jangan pula kita tendang kaki pasukan sendiri, pasti kita jahanam.
Jadi dalam Pakatan Rakyat jangan lupa prinsip ini. Kalau kita bekerjasama dan bersatu, pasti ada pertolongan. Ingat cerita Perang Badar, 300 lawan 1,000 siapa menang? Yang 300, lepas itu dalam Perang Uhud 1,000 lawan 1,000 tapi tidak bersatu, Nabi Muhammad SAW hampir mati. Jadi jangan takut ramai atau sedikit, kalau kita bersatu, setiakawan, pasti ada pertolongan.
Dulu kalau cakap dengan PAS, orang terus tolak, dengan DAP juga begitu tetapi sekarang tidak lagi begitu. DAP bertanding, orang PAS undi sokong, PAS bertanding DAP undi. Secara umum Pakatan Rakyat diberkati, suka tidak suka Pakatan Rakyat sahaja alternatif kepada BN untuk keselamatan Malaysia.
Bagaimana Datuk melihat kepimpinan Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat?
Saya sudah kenali Anwar sejak tahun 1960-an lagi. aapa yang saya kagum dengan Anwar ialah kalau sesuatu tidak bagus umpamanya merokok, beliau tidak kata,' berenti merokok kalau kita merokok depan dia', tapi dia sendiri tunjuk contoh tidak merokok. Kalau kita pergi karaoke, dia tidak tegah tapi dia tidak buat. Kalau kita minum dia tidak kata depan orang supaya jangan minum tapi dia sendiri tidak minum. Itu Anwar yang saya kenal. Ini bererti Anwar kepada kebanyakan rakyat Malaysia beliau serupa hero filem Hindi. Apa yang dia buat dari dulu seolah-olah kita yang buat, seolah-olah kitalah hero filem itu. Jadi Anwar ini apa yang kita impiakan, beliau sebagai jelmaan impian itu.
Kalau kita kata nakkan perubahan, Anwar adalah perubahan. Kita laungkan 'Reformasi', Anwar adalah 'Reformasi'. Jadi impian ini sudah merebak ke seluruh Malaysia. Anwar ialah bukti hidup apa ertinya perjuangan, orang lain semuanya sudah kecundang akibat kena seksa, tekan tetapi Anwar tetap segar, dinamik. Anwar ialah pemimpin yang bakal tukar landskap politik Malaysia. Di bawah Anwar, setiap warga negara Malaysia akan mempunyai tempat mereka di negara ini.
Bagaimana Datuk melihat cubaan kali kedua Umno-BN untuk menjatuhkan karier politik Anwar melalui tuduhan liwat?
Kalau sodomi sekalipun, beliau tidak rasuah, beliau tidak ambil harta orang, beliau tidak diskriminasi. Di dalam minda dan sanubari rakyat Malaysia, mereka tahu Anwar tidak bersalah. Dalam masyarakat Islam kalau Anwar difitnah mempunyai hubungan seks dengan perempuan, beliau dilihat sebagai hero, Kalau saya ada 10 girlfriend, orang kata Karim hero tapi kalau saya kena tuduh sodomi, orang tidak akan terima, Jadi kalau dengan perempuan, tuduhan mungkin tidak melekat tapi kalau sodomi, kroni-kroni Umno-BN akan kata itu betul tapi rakyat Malaysia dan masyarakat dunia tidak percaya. Kalau kita tengok perbuatan Saiful yang bawa pelincir KY. kenapa di bawa KY ke sana ke mari? Kamu tidak bawa kondom merata-rata tempat kecuali kamu ada niat untuk mengadakan seks dengan seseorang. Jadi kenapa Saiful bawa jeli pelincir itu? Jadi semua tuduhan ini mengarut dan orang tidak percaya. Melihat kepada badan kehakiman, hakim-hakim pun mahu naik pangkat dan mereka buat keputusan tetapi saya harap ada hakim yang berani macam dulu membuat keputusan berdasarkan keadilan bukan kerana mahu naik pangkat ikut arahan pihak atasan.
Apa pun yang berlaku perubahan tidak boleh disekat lagi, ia bergerak bagai tsunami dan saya percaya Sabah dan Sarawak akan turut serta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan