Pengikut

Khamis, 25 November 2010

Menteri Besar, Ketua Menteri Pakatan Rakyat Bersidang Isnin Depan

Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata satu persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat akan diadakan Isnin depan di Shah Alam.

Persidangan itu akan menumpukan kepada isu ekonomi, infrastruktur dan pelaburan, pembangunan masyarakat serta dan komunikasi massa.

"Isu-isu lain yang akan dibincangkan termasuklah isu tanah termasuk Felda, Felcra, tanah adat di Sarawak, air, tol dan masalah pekerja," kata Anwar selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di pejabatnya di bangunan Parlimen petang semalam.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan juga bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat berhubung maklumat tambahan mengenai dakwaan pengundi awam menjadi pengundi pos.

Disamping itu Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Rakyat akan menyelaraskan mesyuarat dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengenai perkara yang sama.

Sidang media itu turut dihadiri Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Saifuddin Nasution Ismail.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan