Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Tun Dr Lim Chong Eu berperanan besar dalam politik Malaysia khususnya sebelum dan selepas peristiwa 13 Mei.
Bekas ketua menteri itu juga merupakan tokoh politik nasional dan terlibat secara langsung mengasaskan parti Gerakan.
Sehubungan itu, pemergian Chong Eu disifatkannya satu kehilangan besar kepada negara.
"Bagi pihak PAS, saya mengucapkan takziah buat keluarga mendiang Tun Dr Lim Chong Eu atas pemergian beliau.
"Beliau juga telah memainkan peranan besar dalam politik malaysia khususnya sebelum dan selepas peristiwa 13 Mei," katanya lapor Harakah Daily Online.
Pada masa sama, beliau juga mengharapkan pihak keluarga dan seluruh rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang bersabar menghadapi kehilangan tersebut.
Chong Eu, meninggal dunia pukul 9.07 malam, 24 Nov lalu setelah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang selama hampir sebulan akibat serangan angin ahmar.
Mendiang juga menjadi ketua menteri Pulau Pinang selama 21 tahun mulai Mei 1969 hingga Oktober 1990 dan menerajui parti Gerakan selama sembilan tahun mulai 1971.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan