Pengikut

Khamis, 11 November 2010

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Berangkat Ke Mekah








Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V dan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan haji, hari ini.Kenyataan itu disampaikan oleh Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Ahmad.

Dalam kenyataan akhbar tersebut, beliau berharap semoga Tuanku akan selamat berangkat dan pulang ke tanah air."Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan baginda," ujarnya.

Baginda akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 3.00 petang, sementara Nik Aziz dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra melalui penerbangan pertama 6.15 pagi tadi.

Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Shukri Mohamad, dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Nik Aziz ketika ditemui media di kediamannya petang semalam berharap, rakyat seluruhnya mendoakan kesejahteraan rombongan ke Tanah Suci agar selamat pergi dan kembali.
"Tak apa tak datang (hantar) ramai-ramai pun, doa pun sudah cukup," ujarnya sambil tersenyum ceria.Sultan Muhammad Ke-V dijadualkan berangkat pulang ke negara ini pada 23 November nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan