Memang musuh mengambil kesempatan daripada situasi ini dengan mencadangkan beberapa rancangan. Cadangan atau rancangan mereka itu semata-mata untuk menjerumuskan Parti PAS khasnya dan Gerakan Islam amnya ke pintu kubur yang tidak bernisan.

Pada saya, segala rancangan, langkah dan aktiviti yang dibuat oleh PAS di Galas dengan bantuan PKR dan DAP adalah tepat dan sesuai dengan yang telah digariskan oleh agama kita Islam. Kita semua yakin dengan ketentuan Allah (bukan bermaksud menyalahkan takdir). Segala sesuatu yang berlaku itu ada sebab dan akibatnya ( bukan bermakna sebagai cakap orang kalah).
Apa yang saya nampak ialah kekalahan kita di Galas adalah berpunca daripada undi Orang Asal. Kita nak buat macam mana? Mereka telah disembunyikan di dalam “sebuah kota” dan diberi kursus macam Kursus Induksi untuk penjawat awam yang baru. Timbul soalan yang baru, apa yang kita buat sebelum ini? Khususnya saya sendiri? Memang kita dalam keadaan yang tergamam bila mendapat satu bola tanggung yang khusus untuk di…… (macam-macamlah boleh diterjemahkan).
Kalau guna duit, guna kuasa dan guna media, kalah juga kita. Musuh kita bukan sahaja UMNO tetapi kaum munafik yang cuba menangguk di air keroh. Memang kekalahan ini perit buat saya. Namun tahulah saya, bukan sahaja kaum mungkar , orang asal juga menjadi aset buat mereka. Walau pun untuk seketika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan