Pengikut

Isnin, 22 November 2010

BN Tukar Ciri Logo, Rakyat Fikir Tukar Kerajaan

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BN akan melakukan sedikit perubahan pada logo dan warna Barisan Nasional (BN) yang dijangka diumumkan pada Konvensyen BN tidak lama lagi.

Tindakan ini menggambarkan sesebuah perjuangan yang panjang serta berpengalaman lebih 50 tahun sememangnya tidak lagi relavan, sebuah parti yang lama usianya, sepatutnya memiliki kelebihan dalam soal selok belok hal-hal urusan memerintah Negara, namun tindakan Najib mahu menukar logo BN adalah gambaran BN sudah berada dipenghujung usia dan memerlukan penjenamaan semua untuk menyelamatkannya, demikian menurut Drs. Khalil Idham Lim, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat ketika ditemui disini.

Logo merupakan lakaran inti perjuangan sesebuah pertubuhan baik politik mahupun bukan politik, jika soal induk boleh ditukar-tukar, ini sesuatu yang sangat jangggal, maka rakyat perlu bertekad untuk menolak BN yang sudah ketinggalan zaman itu.

"Kalau BN sedang fikir untuk tukar logo, sebetulnya rakyat sedang fikir untuk tukar kerajaan" jelas nya.

Demkian menurut Drs. Khalil Idham Lim yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, mengulas tindakan BN bercadang mengubah ciri logo mereka.

BN seakan dapat menghidu bahawa rakyat sudah mula loya dengan lambang dacing BN, ia juga boleh disifatkan sebagai dacing yang sudah berkarat, tetapi bukan soal dacing itu yang menjadi faktor kebencian rakyat, penipuan serta ketidaktelusan BN mentadbir Negara menjadi faktor rakyat menolak mereka.Katanya.

“Saya yakin, walaupun BN mengubah ciri logo mereka kepada kononnya lebih mesra rakyat, BN tetap BN, mereka tetap meneruskan gerak kerja pembohongan terhadap rakyat Malaysia.

Setelah gagal menyuntik semangat kepada ahli serta penyokong mereka (BN), sekali lagi atas faktor desakan itu, BN terdesak dengan berharap supaya logo yang diperbaharui nanti diharap dapat mengembalikan sokongan rakyat dengan diberikan nafas baru terhadap logo tersebut.

Ketika ditanya raspon YB adakah Pakatan Rakyat akan tergugat dengan strategi tersebut,“kita tetap bertekad meneruskan agenda menyampaikan maklumat isu Negara kepada rakyat, gerak kerja ini tidak akan terhenti selagi Pakatan Rakyat belum mentadbir perak dan Putrajaya, tegasnya.

Menurutnya lagi tindakan menukar logo tidak lebih dari usaha menyelamatkan BN yang hampir karam itu. Rakyat sudah muak kepada komponen parti masing-masing iaitu UMNO, MIC dan MCA serta komponen BN yang lain. Sikap rasis pemimpin BN sentiasa terserlah dan tindakan dan ucapannya, jadi rakyat sudah menolak parti masing-masing. Maka penjenamaan logo BN adalah untuk menyelamatkan mereka meninggalkan BN.

"Apapun saya yakin usaha Najib akan gagal dan menumui jalan buntu kerana rakyat sudah tahu siap dia pemimpin BN walaupun logonya secantik mana pun" Katanya.

“Situasi sekarang Nampak seperti BN takut untuk menghadapi penghakiman yang bakal dilakukan oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," ujarnya lagi semasa akhir sesi temubual.



Oleh : Hafizi Pauzi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan